Utusan Borneo (Sarawak)

RANGKUMAN BERITA TEMASYA SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017 DARI 19-30 OGOS

Ratu pecut Vietnam dedikasi kemenangan buat jurulatih

-

KUALA LUMPUR: “Tiga pingat emas yang saya menangi ini adalah untuk jurulatih saya,” kata ratu pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Le Tu Chinh yang menganggap jurulatihn­ya umpama ibu sendiri.

Pelari berusia 20 tahun dari Vietnam ini, menjadi sensasi pada penampilan sulungnya pada temasya dwitahunan di sini, apabila merangkul tiga pingat emas acara 100m, 200m dan 4x100m.

Ia lebih manis apabila Tu Chinh mengetuai kuartet 4x100m dengan melakar rekod baharu Sukan SEA 43.88s (rekod lama dipegang Thailand 44.00s) untuk meraih pingat emas manakala Thailand dengan perak (44.62s) dan Filipina gangsa (44.31s) di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Tu Chinh berkata beliau amat bersyukur kerana dibimbing oleh jurulatihn­ya, Nguyen Thi Thanh Huong, 44, yang telah melatihnya sejak berusia 10 tahun.

Gadis Ho Chi Minh ini menganggap Thanh Huong umpama ibunya sendiri, kerana beliau bertanggun­gjawab menjaga Thu Chinh sejak ibu kandungnya meninggal dunia sejak beliau berusia enam tahun.

“Dia telah bersama saya selama 10 tahun semasa senang ataupun susah…saya tidak mungkin menaiki podium jika bukan kerananya. Jurulatih saya telah banyak berkorban untuk membentuk saya menjadi pelari hebat dan cemerlang dalam acara trek... kemenangan besar ini adalah untuk semua warga Vietnam,” katanya kepada Bernama.

Penuntut tahun kedua kolej sukan di Ho Chi Minh itu, amat teruja selepas pencapaian luar biasanya itu yang mengakui beliau adalah atlet ‘kerdil’ yang membuat penampilan sulung pada te- masya sukan terbesar di Asia Tenggara itu.

“Saya akan kembali ke Vietnam dan akan menggiatka­n lagi latihan saya untuk memperbaik­i larian saya,” katanya.

Sementara itu, Thanh Huong berkata beliau tidak terkejut melihat kejayaan bersejarah Tu Chinh dan rekod yang dilakarnya kerana ia adalah hasil keazamanny­a sepanjang 10 tahun lepas. — Bernama

 ??  ?? TU CHINH
TU CHINH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia