Utusan Borneo (Sarawak)

1,100 penduduk selamatkan diri dari kebakaran hutan

-

OTTAWA: Satu kebakaran hutan baharu memaksa 1,100 penduduk di wilayah paling barat Kanada di British Columbia untuk melarikan diri semalaman dan kebakaran itu masih lagi membakar di luar kawalan kelmarin, menurut pihak berkuasa.

Kebakaran bermula kirakira 20 kilometer di timur wilayah wain Okanagan di komuniti penduduk Joe Rich, berhampira­n Kelowna.

Dimarakkan lagi dengan angin kuat, ia telah merebak tanpa disedari, termasuk seorang wanita yang memberitah­u pihak penyiaran awam CBC bahawa api telah membakar beberapa batang pokok di sekitarnya ketika beliau keluar berjoging di laluan pedalaman.

“Kebakaran menunjukka­n sifat yang agresif,” Justine Hunse dari perkhidmat­an kebakaran hutan British Columbia memberitah­u AFP. “Ia masih berada di luar kawalan.”

Bagaimanap­un, beliau menambah, “disebabkan oleh satu penurunan pada suhu dan angin, kebakaran tidak berkembang dengan begitu ketara semalam.”

Ketua pegawai maklumat kebakaran hutan British Columbia Kevin Skrepnek menyatakan ia adalah kemungkina­n berpunca dari perbuatan manusia.

Kawasan di timur Kelowna adalah hutan tebal dan lembah pergununga­n yang curam, membuatkan kebakaran itu sukar untuk ditangani.

Lembah Okanagan merupakan wilayah wain kedua terbesar di Kanada, dengan hampir 4,000 hektar ladang anggur. Terdapat juga beberapa ladang.

Satu perintah darurat telah dikuatkuas­akan di beberapa bahagian di British Columbia sejak 7 Julai.

Kebanyakan daripada hampir 50,000 orang yang telah terpaksa melarikan diri telah mampu untuk pulang semula ke rumah masing-masing, namun 3,800 – termasuk penduduk di Joe Rich masih berada dalam arahan pemindahan.

Sehingga kelmarin, terdapat 158 kebakaran aktif di British Columbia. Kira-kira 3,900 anggota bomba dan kakitangan bantuan, termasuk 200 pesawat, telah digunakan.

Sejak April, lebih dari sejuta hektar hutan British Columbia telah musnah akibat kebakaran, kawasan paling besar terbakar di dalam rekod. — AFP

 ?? * Gambar Hiasan ??
* Gambar Hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia