Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Teknologi Bestari dirancang di Sarawak

KM sokong hasrat PERYATIM tubuh KTB sedia prasarana pendidikan untuk anak yatim

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Kolej Teknologi Bestari ( KTB) milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia ( PERYATIM) dirancang ditubuhkan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menyambut baik hasrat PERYATIM yang mahu menubuhkan KTB yang pertama di Sarawak bagi menyediaka­n prasarana pendidikan khas untuk anak yatim di negeri ini.

“Mengenai hasrat untuk menubuhkan KTB PERYATIM di negeri ini, saya serah kepada pengurusan dan pihak lembaga PERYATIM Sarawak untuk mencari mekanisme merealisas­ikan hasrat ini.

“Mungkin ada persamaan di mana kita boleh kerjasama, pada pokoknya kita ingin melahirkan cerdik pandai di kalangan anak yatim kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Tilawah Al- Quran dan Nasyid PERYATIM Peringkat Kebangsaan Ke- 20 2017 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Kampus Samarahan di sini malam kelmarin.

Abang Johari memberitah­u, kerajaan negeri juga akan terus menjaga dan memelihara kebajikan anak-anak yatim termasuk dari segi pendidikan agar golongan itu dapat menjadi penyumbang tenaga dan pemikiran dalam usaha memajukan negeri dan negara ini.

Tegasnya, sudah menjadi tugas kerajaan menjadikan anak yatim sebagai aset penting dalam membangunk­an negara dan masyarakat.

Tambahnya, usaha itu te- lah lama dilakukan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Allahyarha­mah Datuk Patinggi Laila Taib yang sentiasa memberi tumpuan kepada anak yatim.

“Usaha ini diteruskan oleh Allahyarha­m Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Allahyarha­m Datuk Daud Abdul Rahman dan pada hari ini saya sendiri bersama PERYATIM, kami akan terus memberi sokongan kepada pertubuhan anak yatim ini,” katanya.

Menyentuh mengenai perancanga­n jangka panjang untuk anak yatim, Abang Johari yang juga pengerusi Yayasan Sarawak mendedahka­n ba- hawa pemberian biasiswa dan pinjaman biasiswa juga terbuka untuk anak yatim di negeri ini.

“Dengan adanya dana pendidikan tambahan Yayasan Sarawak iaitu berjumlah RM100 juta untuk biasiswa dan pinjaman biasiswa, ini dapat menampung yuran untuk anak- anak yatim, asalkan mereka dapat men- empatkan diri di institusi pengajian tinggi (IPT), kita akan membiayai pengajian mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden PERYATIM Profesor Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata pihaknya berhasrat menubuhkan KTB PERYATIM di negeri ini.

“Setakat ini, PERYATIM sudah menubuhkan Universiti Kolej Bestari yang berusia 19 tahun yang merupakan universiti wakaf selain empat KTB dan Institut Kemahiran Bestari di negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia.

“Jadi, kalau ada restu dan persetujua­n daripada Ketua Menteri, saya berhajat untuk menubuhkan KTB yang pertama di Sarawak,” ujarnya.

Pada majlis itu, Tengku Mahmud turut mengumumka­n bahawa Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha yang juga merupakan pengerusi Lembaga Kebajikan Anak Yatim Sarawak dilantik sebagai naib presiden PERYATIM.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi dan tetamu kehormat lain.

Mengenai hasrat untuk menubuhkan KTB PERYATIM di negeri ini, saya serah kepada pengurusan dan pihak lembaga PERYATIM Sarawak untuk mencari mekanisme merealisas­ikan hasrat ini. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI: Abang Johari (dua kanan) menekan tablet sebagai simbolik perasmian Majlis Tilawah AlQuran dan Nasyid PERYATIM Kebangsaan. Turut kelihatan (dari kiri) Abdul Karim dan Misnu.
RASMI: Abang Johari (dua kanan) menekan tablet sebagai simbolik perasmian Majlis Tilawah AlQuran dan Nasyid PERYATIM Kebangsaan. Turut kelihatan (dari kiri) Abdul Karim dan Misnu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia