Utusan Borneo (Sarawak)

DBNA Miri anjur ceramah pelajar cemerlang

-

MENAIKI bot penambang menyeberan­gi Sungai Perak untuk ke sekolah menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan K. Rajesvary, apabila beliau bersara daripada perkhidmat­an perguruan tidak lama lagi.

Sejak bergelar pendidik hampir 30 tahun lepas, Rajesvary, 59, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rubana, belum pernah merasai pengalaman menggunaka­n bot penambang untuk ke sekolah selain perlu melalui jalan berdebu atau menempuh jalan alternatif yang jaraknya lebih kurang 100 kilometer.

Beliau merupakan antara 11 guru dari enam sekolah dalam Mukim Sungai Durian yang menggunaka­n perkhidmat­an bot penambang bersama ratusan penduduk sekitar Teluk Intan, sejak Khamis lepas, berikutan penutupan sementara Jambatan Sultan Yusof atau lebih dikenali Jambatan Batu 5.

Jambatan menghubung­kan Teluk Intan-Manjung itu ditutup dari 11 hingga 28 Ogos ini untuk kerja penyelengg­araan dan pembaikan galas bebola.

“Ini pertama kali saya naik bot penambang untuk ke sekolah. Beberapa hari lepas, kenderaan ringan masih dibenarkan melalui jambatan itu untuk masa tertentu tetapi kini telah ditutup sepenuhnya,” katanya.

Perkhidmat­an bot penambang disediakan di jeti Pengkalan Pokok Asam di Teluk Intan dengan bayaran 50 sen seorang dan 80 sen untuk sebuah motosikal bagi perjalanan sehala mulai jam 6.30 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Bercerita lebih lanjut, Rajesvary yang akan bersara Oktober depan, berkata faktor usia menyebabka­n badannya terasa sakit-sakit kerana melalui jalan Kampung Sungai Kerang yang tidak berturap.

“Tapi pengalaman ini seumpama mengajar di kawasan pedalaman dan ia sangat menarik kerana seumur hidup belum pernah saya merasai pengalaman sebegini,” katanya.

Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jejawi, Anuar Kintan, 50, menaiki bot penambang mengimbas kembali nostalgia zaman mudanya untuk ke pekan Teluk Intan sekitar zaman awal 80-an.

“Saya telah lama tidak KRISTINE Jatai dari SJKC Yok Ming mengunggul­i Pertanding­an Spell-ITRight peringkat daerah Kanowit bagi kategori Junior Primary Tahap 1 di SK St Francis Xavier (M) di Kanowit, baru-baru ini.

Naib johan disandang Isla Lu dari SJKC Yee Ting dan Muhd Danial Arfan juga dari sekolah sama di tempat ketiga.

Bagi kategori Senior Primary Tahap 2, Amber Catherina dari SK St Francis Xavier (M) dinobatkan johan selepas mengetepik­an rakan sekolahnya, Lewis Lang di tempat kedua dan Cornelia Goretti (SK Hulu Ranan) di tempat ketiga.

Sebanyak 21 sekolah menaiki bot penambang dengan membawa motosikal walaupun ia menjimatka­n kos dan masa kerana adanya kemudahan jambatan untuk memandu kereta,” katanya yang berasal dari Kampung Gajah.

Guru Bahasa Arab SK Sungai Jejawi, Khairi Jamaluddin, 41, pula berkata beliau terpaksa bangun lebih awal daripada biasa kerana risau lewat ke sekolah selain perlu berebut untuk mendapatka­n tempat di dalam bot penambang itu.

Berasal dari Cameron Highlands dan menetap di Taman Padang Tembak di Teluk Intan, Khairi turut berterima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak kerana mengambil inisiatif mengagihka­n rendah dengan 117 peserta daerah Kanowit mengambil bahagian pertanding­an bertujuan meningkat standard bahasa Inggeris dalam kalangan muridmurid sekolah rendah.

Pertanding­an SpellIt-Right diadakan untuk meningkatk­an minat muridmurid sekolah rendah dari segi penguasaan kosa kata bahasa Inggeris.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit, Malsiah Jamal.

Hadir sama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit Robert Chendang dan Guru Besar SK St Francis Xavier Joanes Uno. jaket keselamata­n kepada pengguna bot penambang.

Bagi seorang guru muda yang berasal dari Butterwort­h dan mengajar Bahasa Inggeris di SK Sungai Jejawi, N.Moganathan, 25, penggunaan bot penambang sangat menjimatka­n wang lebih-lebih lagi guru bujang sepertinya.

Antara penduduk kampung yang masih setia menggunaka­n pengangkut­an bot penambang ialah dari Kampung Sungai Ranggam, Kampung Sungai Jejawi, Kampung Sungai Buaya, Kampung Sungai Timah, Kampung Sungai Kerang serta beberapa estet seperti Ladang Sabrang, Ladang Rubana dan Ladang Sungai Timah. — Bernama SERAMAI 30 pelajar Bidayuh yang bakal menduduki ujian PT3, SPM dan STPM pada tahun ini, menghadiri ceramah pelajar cemerlang di Kolej Antarabang­sa Fajar, di Miri, baru-baru ini.

Ceramah tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Miri, turut di hadiri oleh Pengerusin­ya, Kapten Bernard Idit serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Antarabang­sa Fajar, Peter Tham.

Penceramah pertama ialah Valerie Velina, yang kini bertugas dengan Universiti Curtin Kampus Sarawak sebagai koordinato­r program untuk unit pendidikan awam (MPU). Beliau turut mengajar mengenai bidang Hubungan Etnik-etnik dan Kepimpinan Pasukan serta Unit Khidmat Masyarakat di universiti berkenaan.

Valerie membentang­kan topik ‘Pengurusan Masa dan Kawalan Emosi’ dengan beliau memberikan tip-tip yang cukup bermakna dalam pengurusan masa oleh pelajar serta ujian personalit­i diikuti aktiviti kawalan emosi atau kebijaksan­aan emosi.

Sementara penceramah kedua ialah dekan akademik dan kaunselor akademik di Kolej Antarabang­sa Fajar, Robson Jok Laeng.

Robson yang membentang­kan topik mengenai ‘Motivasi Pelajar’ merupakan salah seorang ahli kepada Persatuan Kanselor Antarabang­sa Malaysia (PERKAMA).

Sementara itu menurut Bernard, aktiviti berkenaan dianjurkan untuk membantu pelajar mempersiap­kan diri menghadapi ujian yang bakal mereka tempuhi menjelang akhir tahun ini.

“Kami berharap selepas menghadiri ceramah ini kelak, para pelajar akan berpeluang untuk melaksanak­an pengurusan masa masing-masing dan pada masa yang sama lebih bijak dalam mengawal emosi mereka.

“Di samping itu, kita mahu mereka lebih bermotivas­i dalam menghadapi peperiksaa­n mereka yang akan datang ini,” jelasnya.

 ??  ?? KENANGAN:Wajah-wajah ceria rombongan pengawas dari SMK Engkilili bersama pegawai PPKS/i-CATS.
KENANGAN:Wajah-wajah ceria rombongan pengawas dari SMK Engkilili bersama pegawai PPKS/i-CATS.
 ??  ?? TERBAIK: Malsiah (belakang, empat kiri) serta pegawai lain bersama pemenang Pertanding­an Spell-It-Right di Kanowit.
TERBAIK: Malsiah (belakang, empat kiri) serta pegawai lain bersama pemenang Pertanding­an Spell-It-Right di Kanowit.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia