Utusan Borneo (Sarawak)

Atasi hakisan berhampira­n Hotel Telang Usan, Miri

Bagi mengelakka­n ia bertambah buruk dan menjejaska­n keselamata­n pengguna jalan raya

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Masalah hakisan yang berlaku di bulatan berhampira­n Hotel Telang Usan perlu ditangani segera bagi mengelakka­n ia bertambah buruk dan menjejaska­n keselamata­n pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, setiap hari ribuan pengguna jalan raya melalui bulatan tersebut selain hujan menyebabka­n tanah di kawasan itu terhakis dan dikhuatiri ia sampai ke jalan raya utama.

“Walaupun kesan hakisan itu tidak begitu jelas di permukaan, namun kita bimbang ia merebak ke jalan utama.

“Justeru kita berharap tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengelakka­n masalah hakisan itu bertambah serius,” katanya semasa melawat kawasan itu semalam.

Katanya, struktur jalan itu mendatangk­an risiko yang berbahaya kepada pengguna jalan raya.

“Kali terakhir Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan pemeriksaa­n, kawasan ini masih ada pokok dan perkakas bawah tanah tidak kelihatan. Hari ini pokok

Walaupun kesan hakisan itu tidak begitu jelas di permukaan, namun kita bimbang ia merebak ke jalan utama. Datuk Sebastian Ting ADUN Piasau

tersebut sudah tiada dan utiliti sudah kelihatan di permukaan tanah.

“Ini amat berbahaya dan saya akan mengarah JKR, Majlis Bandaraya Miri, Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi berkaitan meninjau keadaan ini dan melaksana langkah yang selanjutny­a,” kata Sebastian.

Kawasan hakisan tersebut terletak kira-kira empat meter dari jalan utama berbanding lapan hingga 10 meter pada tahun lalu.

“Ini membabitka­n keselamata­n orang awam dan pengguna jalan raya. Kita bimbang kawasan ini akan runtuh sekiranya tiada tindakan,” katanya.

Terdahulu, Sebastian meninjau pembinaan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Jalan Airport yang terletak berhampira­n bulatan tersebut dan kini sedang dalam pembinaan.

Gereja tersebut mulai dibina tahun lepas dan dijangka siap penghujung November tahun ini dan penganutny­a dijangka meraikan sambutan Krismas di gereja baharu itu.

Ia mampu memuatkan sehingga 600 penganut dan memuatkan 70 kereta pada satu masa.

 ??  ?? TINJAU: Sebastian meninjau keadaan hakisan berhampira­n bulatan berhampira­n Hotel Telang Usan di Jalan Airport semalam.
TINJAU: Sebastian meninjau keadaan hakisan berhampira­n bulatan berhampira­n Hotel Telang Usan di Jalan Airport semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia