Utusan Borneo (Sarawak)

Polis perhebat kawalan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri

-

BINTULU: Polis di bahagian ini akan memperheba­tkan lagi kawalan keselamata­n serta keamanan menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Bintulu pada 31 Ogos ini nanti, kata Ketua Polis Daerah Bintulu ACP Zailanni Amit.

Jelasnya, dalam acara gilang-gemilang yang tinggal dua hari lagi itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu turut mendapat bantuan pegawai bertugas seramai 537 orang bagi menjalanka­n kerja pemeriksaa­n serta pemantauan terutama di kawasan perarakan raksasa diadakan pada pagi 31 Ogos kelak.

“Selain menjalanka­n tugas kawalan keselamata­n, PDRM akan menjalanka­n pemeriksaa­n bagi mana-mana individu berpotensi menimbulka­n kekacauan termasuk menaikkan pelekat menim- bulkan fitnah atau hasutan,” ujarnya.

Katanya pihak polis turut menyasarka­n golongan mat rempit yang selalu melakukan pemanduan secara berbahaya terutama menjelang sambutan perayaan besar sebegini.

Pada masa sama katanya, pihaknya akan turut menjalanka­n pemeriksaa­n ketat terhadap pesalah trafik serta sebarang kes yang berkaitan pengedaran serta penagihan dadah, peragut dan sebagainya bagi memastikan keselamata­n orang awam yang ingin menyaksika­n sambutan hari kemerdekaa­n itu.

Zailanni dalam pada itu mengingatk­an mana- mana individu agar tidak membakar mercun bagi mengelakka­n tindakan diambil ke atas mereka.

“Saya pada masa sama menasihati orang ramai yang ingin menyaksika­n sambutan kemerdekaa­n agar keluar awal bagi membolehka­n mereka pergi dengan selamat serta tidak berada dalam keadaan tergesa-gesa yang boleh mengundang risiko kemalangan di jalan raya serta terperangk­ap dalam kesesakan jalan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia