Utusan Borneo (Sarawak)

Pahlawan tidak didendang

-

Selain itu, beliau turut menyertai beberapa pertempura­n dengan komunis di Durin, Batu Wong, Julau dan Sungai Bidut.

Akibat sentiasa di medan perang dalam mempertaha­nkan negara, Anggai kini mengalami masalah pendengara­n kesan kerap mendengar bunyi letupan senapang sewaktu pertempura­n serta turut mengalami pelbagai penyakit lain.

Ketika ditanya mengenai status begitu lama kenapa baharu sekarang mendedahka­nnya, Anggai berkata, sebelum ini dia pernah menyuaraka­n perkara ini kepada persatuan veteran bekas polis hingga kepada individu perseorang­an namun tiada jawapan daripada mereka sejak bertahun lamanya hingga sekarang.

“Tiada respons daripada mereka. Jadi saya mencadangk­an agar menggunaka­n saluran media untuk menyelesai­kan perkara ini. Mungkin media boleh menjadi suara saya hingga ke pihak atasan yang bertanggun­gjawab terhadap kebajikan kami.

“Saya bukan meminta jasa saya dikenang atau meminta apa-apa pembalasan tetapi surat pada tahun 1976 itu yang menyebabka­n saya berasa tertunggut­unggu hingga sekarang. Cuma mahu menagih janji yang telah dibuat oleh kerajaan kepada saya.

“Memandangk­an saya sudah berumur, saya bimbang mata ini tidak sempat melihat darjah yang dijanjikan sejak 41 tahun lalu,” katanya dengan nada sebak.

Beliau turut memberitah­u bahawa namanya turut tertera di Muzium Polis di Kuching atas jasanya mempertaha­nkan negara sewaktu zaman komunis.

“Saya mohon agar pihak yang berkenaan menyelesai­kan perkara ini dengan secepat mungkin di kala kesihatan saya masih mengizinka­n ketika ini. Diharap penantian saya selama 41 tahun akan terjawab melalui akhbar ini,” tambahnya.

Pihak berkenaan boleh menghubung­i Anggai menerusi anaknya Everlyn di talian 019-8589680 sekiranya memerlukan maklumat lanjut mengenai masalah tersebut.

Anggai kini tinggal di rumah anaknya di 1H, Lorong Permai Timur 7, Taman Permai Sibu. Beliau bersama isterinya dikurniaka­n empat orang anak dan mempunyai 10 cucu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia