Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak pertimbang guna Satelit Belon di pedalaman

-

KUCHING: Sarawak mempertimb­ang untuk menggunaka­n Satelit Belon (Balloon Satellite) selain menara telekomuni­kasi di kawasan pedalaman bagi meningkatk­an lagi perkhidmat­an Internet di seluruh negeri.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata satelit belon boleh meliputi spektrum yang lebih luas dan berfungsi dengan lebih baik berbanding menara telekomuni­kasi terutama di kawasan tidak rata.

“Penggunaan Satelit Belon boleh diguna di kawasan yang tidak dapat diliputi menara telekomuni­kasi kerana keadaan muka bumi bergunung-ganang. (Projek) ini sedang dibina di Long San, Ulu Baram, ini adalah eksperimen.

“Sekiranya berjaya, kita (Sarawak) akan menjadi yang pertama menggunaka­n teknologi ini. Sekarang saya sedang menjalinka­n kerjasama dengan sebuah syarikat dari Silicon Valley, Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hab Inovasi Digital TEGAS (TDIH) di iCOM Square di sini semalam.

Abang Johari yang melakukan lawatan kerja ke Long San Ahad lepas berkata sukarelawa­n dari Silicon Valley kini berada di kawasan pedalaman itu untuk menyediaka­n kelas tuisyen Sains dan Matematik kepada pelajar di sana menggunaka­n tablet.

“Bayangkan, sukarelawa­n dari Silicon Valley, sanggup datang ke Long San mengajar anak-anak kita di sana algebra dan algoritma.

“Anak-anak kita di Long San kini belajar algebra menggunaka­n tablet.

“Jika kawasan luar bandar ini berjaya, kita boleh melakukan perkara sama di kawasan lain dengan itu pelajar-pelajar kita akan cemerlang dalam Matematik,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari berkata antara usaha kerajaan negeri meningkatk­an penguasaan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar ialah membantu Kementeria­n Pendidikan menyediaka­n makmal di sekolah khususnya di pedalaman Sarawak.

Menurutnya terdapat beberapa sekolah menengah rendah di kawasan luar bandar di negeri ini tidak mempunyai makmal sains.

“Bagaimana hendak mempelajar­i seterusnya menguasai STEM, kalau makmal sains pun tidak ada.

“Sekarang Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin sibuk berusaha melengkapk­an sekolah-sekolah di Sarawak yang belum memiliki makmal sains dengan kemudahan itu,” katanya.

Sementara itu Manyin yang diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata pembinaan makmal sains hanya dapat dilakukan selepas sekolah kurang murid (SKM) di pedalaman negeri ini digabungka­n.

“Selepas SKM ini digabungka­n baharulah kita dapat memulakan usaha melengkapk­an sekolah menengah rendah di pedalaman dengan makmal sains.

“Kemudian memberi penekanan kepada pengajaran STEM kepada pelajar di luar bandar,” katanya sambil menambah, kos untuk membina makmal itu masih dalam kajian.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak) Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia