Utusan Borneo (Sarawak)

KM memang mahu Dayak dalam Petros

Keputusan lantik Dayak dalam Lembaga Pengarah Petros bukan disebabkan ‘tekanan media sosial’

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol mempertaha­nkan keputusan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg untuk melantik Dayak dalam Lembaga Pengarah Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Beliau berkata keputusan Abang Johari itu bukan disebabkan ‘tekanan media sosial’ selepas pengumuman­nya mengenai barisan Lembaga Pengarah Petros tidak diwakili Dayak.

“Ia tidak pernah disebabkan oleh tekanan media sosial atau umum, agar Ketua Menteri melantik seorang lagi ahli lembaga Petros.

“Pengenalan ahli baharu ini telah dirancang sebelum ahli-ahli diperkenal­kan sebelum ini. Saya berpendapa­t Ketua Menteri masih menunggu maklum balas daripada calon-calon berpotensi untuk mewakili Dayak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Hab Inovasi Digital TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak) di ICOM Square di sini semalam. Menurut Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu majlis malam Sabtu lalu mengumumka­n bahawa wakil Dayak sebagai ahli lembaga pengarah Petros yang baharu telah disalah faham oleh banyak pihak.

“Saya tidak mengatakan kenyataan Datuk Amar Douglas Uggah salah tetapi disebabkan kenyataann­ya itu, beberapa pihak telah salah faham seperti keputusan itu dibuat disebabkan apa yang diperkatak­an dalam media sosial,” ujarnya.

Pada 24 Ogos lalu, Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataan akhbar mengumumka­n pelantikan Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi Petros.

Hamid bekas Setiausaha Kerajaan Negeri dan berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn Bhd di Bintulu.

Manakala Ahli Lembaga Pengarah ialah Datuk Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, Zuraimi Sabki dan Heng Hock Cheng.

Dalam kenyataan akhbar itu Ketua Menteri meluahkan keyakinan terhadap komposisi ahli Lembaga Pengarah Petros kerana merupakan profesiona­l industri yang berpengala­man dengan rekod prestasi terbukti serta kukuh selain pernah menyandang jawatan penting dalam industri minyak dan gas.

Abdullah Saidol Menteri Muda si Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia