Utusan Borneo (Sarawak)

BN tunai janji kepada penduduk Kampung Haji Baki

-

BAU: Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya kepada penduduk Kampung Haji Baki menerusi tiga projek bertujuan memberi keselesaan dan kesejahter­aan kepada penduduk di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata projek-projek berkenaan adalah janji Perdana Menteri kepada rakyat sewaktu lawatan beliau ke sini pada Pilihan Raya Negeri yang lepas.

“Sebelum ini, sejumlah RM375,000 telah digunakan untuk menambak tanah bagi tapak dewan serba guna dan terdapat tambahan menjadikan jumlahnya kini RM1 juta bagi tujuan pembinaan tersebut,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke tapak Dewan Serba Guna Kampung Haji Baki di sini semalam.

Lo turut memuji kerjasama yang wujud di kalangan penduduk kampung tersebut yang memudahkan segala urusan pembanguna­n dijalankan.

Justeru, beliau mahu kampung tersebut dijadikan teladan kepada kampung-kampung lain di kawasan Batu Kitang bagi pelaksanaa­n mana-mana projek pembanguna­n yang akan memberi manfaat kepada rakyat sepenuhnya.

Lo yang juga merupakan pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) menambah bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) turut menjalanka­n projek pembesaran jalan dan pembinaan lampu trafik bernilai RM330,000 yang dijangkaka­n siap Disember tahun ini.

Sementara itu, sebanyak RM600,000 juga telah disalurkan kerajaan kepada projek menaik taraf pusat penjaja di kampung yang sama dan setelah siap akan diserahkan sepenuhnya di bawah jaga- an Pejabat Pembanguna­n Negeri.

Pembinaan dewan serba guna tersebut dijangka akan bermula Disember tahun ini dan masih menunggu persetujua­n jawatankua­sa sementara Kampung Haji Baki bagi menambah naik kemudahan yang terdapat di dalamnya.

Dewan serba guna itu berkeluasa­n 20 meter lebar 70 meter panjang dilengkapi kemudahah pagar dan ka- wasan parkir dan berupaya memuatkan dua gelanggang setakat ini.

Sebagai sebuah dewan yang terletak di kawasan pinggir bandar, dewan tersebut akan dibina dengan reka bentuk moden bersesuaia­n dengan gaya hidup masyarakat setempat.

Turut hadir Jurutera JKR Bahagian Kuching Awang Muhammad Fadillah Awang Redzuan.

 ??  ?? PENERANGAN: Lo (kanan) diberi taklimat oleh Awang Muhammad (tengah) berkaitan projek Dewan Serba Guna Kampung Haji Baki semalam.
PENERANGAN: Lo (kanan) diberi taklimat oleh Awang Muhammad (tengah) berkaitan projek Dewan Serba Guna Kampung Haji Baki semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia