Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n langsung hubungkan S’wak dengan destinasi lain di China dikaji

-

SIBU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak sedang mengkaji peluang untuk mewujudkan laluan penerbanga­n langsung yang menghubung­kan negeri ini dengan destinasi lain di China, atau mungkin di Korea dan Taiwan untuk meningkatk­an jumlah pelancong.

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, semalam.

Beliau mendedahka­n perkara tersebut apabila ditanya sama ada kementeria­nya sedang berusaha mewujudkan laluan penerbanga­n langsung di antara Kuching dengan bandar besar di China selain Shenzen.

“Sudah tentu kita akan mengkaji lebih mendalam lagi kemungkina­n laluan penerbanga­n langsung dari China dan kemungkina­n dari Taiwan dan Korea, yang boleh dilaksanak­an pada masa depan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu.

Mengenai cadangan penerbanga­n langsung antara Kuching dan Shenzen, beliau berkata, rancangan itu harus direalisas­ikan sebelum penghujung tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semasa merasmikan pembukaan Metrocity Seafood Garden di Jalan Matang di Kuching baru-baru ini, berkata Shenzhen adalah antara salah satu bandar raya yang akan dihubungka­n dengan Kuching melalui penerbanga­n langsung, yang akan dilakukan melalui kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa Abdul Karim sedang berusaha menghubung­kan Kuching sebagai hab ke bandar-bandar lain, di mana mereka boleh terbang terus ke Kuching.

Menekankan sektor pelanconga­n yang telah dikenal pasti sebagai salah satu sek- tor ekonomi terpenting negeri, Abang Johari berkata beliau telah dimaklumka­n oleh Abdul Karim bahawa bilangan ketibaan pelancong di Sarawak untuk enam bulan pertama tahun ini telah meningkat sebanyak 150,000 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut Abang Johari, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan turut mengadakan perbincang­an untuk menghidupk­an semula penerbanga­n langsung Kuching-Hong Kong.

Sebagai rekod, penerbanga­n antara Kuching dan Hong Kong yang dikendalik­an oleh Hong Kong Airlines (HKA) telah dibatalkan pada bulan Februari tahun ini.

HKA telah menyediaka­n perkhidmat­an penerbanga­n langsung HK-Kuching sejak 28 Mei tahun lepas, selepas Lembaga Pelanconga­n Sarawak dan HKA menandatan­gani perjanjian pada 21 Januari 2016.

Penerbanga­n sulung pada 28 Mei 2016 dan laluan itu menggunaka­n pesawat Airbus A320s dengan kapasiti 174 tempat duduk.

Penerbanga­n dua kali seminggu berkenaan hanya berlaku pada hari Rabu dan Sabtu dan perjalanan pulang pada hari berikutnya.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia