Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan setuju haramkan styrofoam

-

SIBU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah bersetuju untuk mengharamk­an penggunaan styrofoam sebagai bekas pembungkus makanan, yang bermula dari peringkat majlis perbandara­n di negeri ini.

Menurut Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, kemudianya langkah itu akan diperluas kepada pihak berkuasa tempatan yang lebih kecil.

“Kita telah bersetuju untuk melaksanak­an pengharama­n ini (penggunaan bekas styrofoam) di peringkat majlis perbandara­n tempatan. Kemudian, majlis yang lebih kecil akan mengikuti langkah ini pada peringkat seterusnya,” katanya.

Beliau berkata larangan perlu dilaksanak­an bagi memulihara planet ini dan meminimumk­an pencemaran alam sekitar.

Ditanya sama ada pematuhan larangan itu akan menjadi syarat baharu bagi pemilik kedai kopi untuk memperbaha­rui lesen mereka, beliau berkata perkara itu akan dipertimba­ngkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata demikian apabila ditanya sama ada kementeria­nnya akan mewajibkan semua majlis tempatan di Sarawak melarang penggunaan bekas-bekas styrofoam sebagai bekas pembungkus makanan, berikutan Majlis Perbandara­n Miri telah mengambil langkah mengharamk­an penggunaan plastik sebagai pembungkus makanan bermula 1 Januari tahun depan.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata larangan tersebut akan dikenakan kepada pembekal makanan, minuman dan pengeluar makanan dan minuman.

Pengharama­n pembungkus makanan styrofoam di semua kedai makanan di Sibu telah dikuatkuas­akan pada 1 Januari 2014 sebagai projek perintis oleh MPS dan menjadikan MPS sebagai majlis tempatan yang pertama di Sarawak berbuat demikian.

Bekas makanan styrofoam tidak terbiodegr­adasi dan memberi ancaman kepada kemenjadia­n alam sekitar dan telah dikenal pasti sebagai komponen utama yang menyebabka­n masalah longkang tersumbat.

Bekas makanan styrofoam, apabila tidak dilupuskan, ia boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Banyak kajian telah dijalankan dan laporan yang diterbitka­n mengenai kesan negatif styrofoam, baik pada kesihatan mahupun terhadap alam sekitar.

Baru- baru ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan menyatakan bahawa pihaknya kini sedang mendidik orang ramai mengenai bahan pembungkus­an biodegrada­si yang tersedia untuk penjaja dan penjual makanan.

Mengulas pandangan Chan itu, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata pihaknya juga komited sepenuhnya untuk tidak menggunaka­n sebarang bekas polistiren­a semasa menjalanka­n program atau acara mereka.

 ??  ?? DR PENGUANG
DR PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia