Utusan Borneo (Sarawak)

Chongqing Internatio­nal Investment teroka peluang pelaburan di Sarawak

-

KUCHING: Chongqing Internatio­nal Investment Consultati­on Group Co.Ltd (Chongqing Internatio­nal Investment) dari China sedang menerokai peluang-peluang pelaburan dalam pelbagai sektor di negeri ini.

Bagi tujuan itu, syarikat semalam telah menandatan­gani memorandum persefaham­an dan kerjasama dengan syarikat tempatan, Solid Sunland Sdn Bhd.

Di bawah memorandum tersebut, kedua-dua syarikat akan bekerjasam­a mengenal pasti bidang- bidang yang boleh diterokai oleh Chongqing bagi tujuan pelaburan.

Naib Presiden Kumpulan ChongQing Qing Rong Zhou berkata antara bidang yang menarik minat mereka di negeri ini ialah pertanian, pelanconga­n termasuk sektor pembinaan.

“Memorandum ini adalah bagi membolehka­n syarikat membuat kajian serta mengenal pasti sektor yang boleh diterokai oleh syarikat bagi tujuan pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani memorandum bersama Pengarah Urusan Solid Sunland Datuk Hii King Chiong.

Majlis menandatan­gani memorandum antara keduadua syarikat tersebut berlang- sung di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia disaksikan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Turut hadir Konsul Jeneral Republik Rakyat China ke Kuching Fu Ji Jun.

Dalam pada itu, Chongqing merupakan sebuah syarikat pelabur terkemuka di China dan telah terlibat dengan banyak projek PPP (Public Private Partnershi­p) di dalam dan luar China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia