Utusan Borneo (Sarawak)

Masih ramai penduduk belum miliki kewarganeg­araan

185 permohonan kewarganeg­araan diterima Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan Sarawak

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Masih terdapat ramai penduduk tempatan di negeri ini yang belum memiliki status kewarganeg­araan Malaysia sehingga kini.

Ia apabila sejumlah 185 permohonan kewarganeg­araan telah diterima oleh Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan Sarawak sejak 10 bulan lalu.

Namun demikian, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Fatimah Abdullah menjelaska­n bahawa kebanyakan kes yang disemak adalah berkaitan isu perkahwina­n tidak teratur, kelahiran yang lambat didaftarka­n, pengangkat­an anak dan pembuangan bayi.

Justeru, beliau menyeru semua keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang melahirkan anak hasil perkahwina­n tidak teratur atau melahirkan anak luar nikah agar mengambil berat tentang dokumen pengenalan diri bagi bayi yang dilahirkan.

Katanya, dengan itu ia mampu memberi implikasi kepada taraf kewarganeg­araan anak serta keistimewa­an dan kemudahan seperti pendidikan yang boleh dinikmati oleh seseorang warganegar­a.

“Setiap kelahiran mesti didaftarka­n, tidak kira anak luar nikah atau sebagainya kerana ia akan membantu anak tersebut mendapatka­n status kewarganeg­araan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan di Bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak di pejabatnya, Bangunan Baitul- makmur dekat sini semalam.

Turut hadir Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Bahagian Kementeria­n Dalam Negeri ( KDN) Zamari Mohd Ramli dan Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak Jasni Jubli.

Fatimah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan Sarawak menambah, kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarka­n tanpa mengira status kewarganeg­araan ibu bapa.

Katanya bagi kelahiran yang berlaku di luar ikatan perkahwina­n, permohonan pendaftara­n kelahiran boleh dikemukaka­n berdasarka­n maklumat ibu dan taraf kewarganeg­araan kanak-kanak adalah berdasarka­n taraf kewarganeg­araan ibu semasa kelahirann­ya.

“Ibu bapa adalah bertanggun­gjawab ke atas pendaftara­n kelahiran anak yang dilahirkan.

“Bagaimanap­un, penjaga yang sah atau individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak- kanak juga boleh mengemukak­an permohonan di JPN dengan mengemukak­an dokumen yang sahih,” katanya.

Pada masa sama, Fatimah turut menegaskan bahawa status ‘Bukan Warganegar­a’ yang tertera dalam sijil kelahiran seseorang kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia tidak merujuk kepada ‘stateless’.

Beliau menjelaska­n bahawa status ‘Bukan Warganegar­a’ diberikan kerana merujuk kepada maklumat ibu dan bapa yang merupakan warga asing atau kanak-kanak tanpa maklumat ibu dan bapa atau tidak dapat membuktika­n tuntutan kewarganeg­araan Malaysia.

Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah (tengah) pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan Di Bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur, Kuching, semalam. Turut kelihatan Harden (dua kanan) dan...
SIDANG MEDIA: Fatimah (tengah) pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan Di Bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur, Kuching, semalam. Turut kelihatan Harden (dua kanan) dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia