Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk dilarang menanam tanaman di bahu jalan

-

KUCHING: Penduduk yang mendiami kawasan Padawan dinasihati untuk tidak menanam sebarang jenis tanaman atau pokok berdekatan dengan bahu jalan agar tidak menghalang penglihata­n pengguna jalan raya.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata demikian kerana banyak mendapat aduan daripada warga penduduk diterima pihaknya baru-baru ini.

“Kita telah menerima banyak aduan daripada orang ramai tentang perkara ini. Ada antara mereka yang menanam pokok berdahan besar seperti pokok mangga, kelapa, pisang, betik dan banyak lagi.

“Ia bukan sahaja menghalang penglihata­n pengguna jalan raya untuk keluar daripada simpang jalan tetapi juga ancaman kepada kerosakan talian elektrik dan telefon.

“Adalah lebih baik jika setiap bahu jalan tersebut dibiarkan dalam keadaan kemas dan lapang,” katanya pada sidang media selepas selesai mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh MPP di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang turut menegaskan bahawa pihak MPP akan mengambil tindakan terhadap pemilik yang menanam tanaman tersebut tetapi buat masa sekarang memberi kelonggara­n agar ia dapat dibersihka­n oleh pemilik tanaman itu sendiri.

Justeru, menjadi tanggungja­wab penduduk untuk melakukan pembersiha­n terhadap tanaman mereka secepat mungkin, tegasnya di sini.

Kawasan yang dimaksudka­n beliau itu adalah Taman Desa Wira, RPR Batu Kawah dan perumahan di Jalan Arang di sini.

Pada masa yang sama, beliau berkata berjuta ringgit telah dibelanjak­an oleh Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan juga pihak MPP dengan kerjasama JPS untuk melaksanak­an projek tebatan banjir di beberapa lokasi kerap banjir di sini.

Lo menambah bahawa penduduk tidak perlu gusar akan keadaan banjir selepas ini kerana menjadi kebiasaan keadaannya tidak begitu teruk sekadar banjir kilat sahaja.

Orang ramai turut diajak menyertai Borneo Highland Nature Challenge pada 29 Oktober ini selain Padawan Raft Safari pada 23 dan 24 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia