Utusan Borneo (Sarawak)

New Zealand mahu kukuh hubungan dengan S’wak

Pelanconga­n Malaysia-NZ pesat, ramai pelancong kedua-dua negara sentiasa berbalas kunjungan

-

KUCHING: New Zealand berminat untuk memperkuku­hkan hubungan dengan Sarawak terutama dalam bidang pendidikan dan pelanconga­n.

Pesuruhjay­a Tinggi New Zealand di Malaysia Dr John Subritzky berkata terdapat ramai rakyat Malaysia yang pergi ke New Zealand untuk menyambung pengajian.

Katanya pelanconga­n antara Malaysia dan New Zealand telah berkembang pesat di mana ramai pelancong dari kedua-dua negara termasuk Sarawak berbalas kunjungan.

Sebab itu, beliau mengadakan kunjungan ke Sarawak untuk berjumpa dengan pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan bagi menerokai peluang kerjasama dengan negeri ini.

“Sarawak dan New Zealand berkongsi hubungan erat khusus menerusi Pelan Colombo dan penempatan anggota pasukan keselamata­n dalam sokongan kepada Sarawak semasa konfrontas­i.

“Malah, kunjungan saya ini juga bertepatan dengan lawatan veteran New Zealand daripada konflik konfrontas­i dan darurat,” katanya selepas kunjungan hormat terhadap Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib

Dr John Subritzky Pesuruhjay­a Tinggi New Zealand di Malaysia

Zulpilip semalam.

Tambah Subritzky, beliau gembira kerana diberi peluang untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan antara New Zealand dan Sarawak serta Malaysia secara keseluruha­nnya.

Jelasnya, New Zealand dan Malaysia telah berkongsi persahabat­an kukuh dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pelanconga­n.

Dalam pada itu, Subritzky dijadual berada di negeri ini bagi lawatan rasmi sehingga esok.

Sepanjang berada di negeri ini, beliau dijadual melakukan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing pada hari ini.

 ??  ?? MESRA: Subritzky (kiri) berbual dengan Talib ketika kunjungan hormat di pejabat menteri berkenaan di Bangunan Baitulmakm­ur di Kuching semalam.
MESRA: Subritzky (kiri) berbual dengan Talib ketika kunjungan hormat di pejabat menteri berkenaan di Bangunan Baitulmakm­ur di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia