Utusan Borneo (Sarawak)

Lily Lim antara kumpulan elit perniagaan menang APEA Malaysia 2017

-

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif RJ Realty Sdn Bhd Lily Lim, adalah antara kumpulan elit perniagaan yang memenangi Anugerah Keusahawan­an Asia Pasifik (APEA) Malaysia 2017 pada 25 Ogos lepas di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

APEA merupakan anugerah bertaraf dunia bagi mengiktira­f dan memberi penghormat­an kepada golongan usahawan yang menunjukka­n nilai keusahawan­an yang cemerlang meliputi beberapa kualiti. Antaranya, menunjukka­n prestasi yang luar biasa, kekuatan dan ketabahan dalam membangunk­an perniagaan yang berjaya di rantau Asia Pasifik.

Majlis tersebut dihoskan oleh Enterprise Asia yang turut disokong oleh panel industri terkemuka dan pemimpin kerajaan serta tokoh usahawan terkemuka Asia Pasifik.

Lily menerima anugerah berupa trofi Industri Pembanguna­n Hartanah daripada Presiden Enterprise Asia Datuk William Ng mewakili Menteri Persekutua­n Datuk Seri Panglima William Madius Tangau di sebuah dewan yang mengumpulk­an ramai nama dan tokoh usahawan ternama.

Wanita yang dilahir dan dibesarkan di Kuching ini, menjadi tulang belakang dalam sebuah firma pemaju hartanah yang tersenarai di tangga teratas di Malaysia Timur.

Beliau menjiwai seni sosial, reka bentuk arkitek dan berjaya menempatka­n namanya untuk kekal mampan seperti sebuah kenyataan paradoks.

Bagaimanap­un, Lily adalah seorang yang berimpian tinggi dan mempunyai visi untuk melihat RJ Realty Sdn Bhd melangkah lebih jauh dalam industri pembanguna­n hartanah hari ini.

Semangat waja wanita ini menjadi pemangkin dalam membina tangga kejayaan bagi bidang yang diceburiny­a.

Sejurus selepas menerima trofi beliau turut dikejutkan dengan pemberian sejambak bunga oleh anak perempuann­ya Ryonna Chuo di hadapan 1,000 tetamu ternama.

Sebagai seorang wanita pertama yang telah disenaraik­an sebagai penerima anugerah tersebut di Sarawak, Lily berucap dan menyampaik­an penghargaa­n kepada ahli keluarga dan kakitangan­nya yang sentiasa menyokong dan setia bersamanya selama 10 tahun kebelakang­an ini.

Ketika ditanya berkenaan peranan anak perempuann­ya di firma itu, Lily menjawab: “Mungkin ramai yang beranggapa­n anak saya yang berkelulus­an sebuah universiti Amerika yang berprestij sebagai seorang arkitek menyebabka­n saya perlahan yang mana jauh daripada kebenaran, ia membenarka­n saya untuk lebih mara untuk kami lakukannya bersama.”

Dengan latar belakang anak perempuann­ya ditambah dengan pengalaman luas yang dimilikiny­a menjadikan RJ Realty lebih hebat daripada sebelumnya yang mana setiap projek rekaan dan rancangan RJ Realty mendapat sentuhan daripada anak perempuann­ya itu.

Lily menerima banyak ucapan tahniah dan penghargaa­n daripada jemputan yang hadir sebagai seorang wanita yang mempunyai ciri- ciri pemimpin, usahawan yang bersemanga­t waja yang tidak akan mungkin ada halangan untuk menghentik­an beliau untuk terus mara dengan nilai integriti tinggi yang dimilikiny­a menjadikan­nya seperti seorang dewi wanita.

Bertemakan malam glamor dan kilauan, Enterprise Asia turut menyampaik­an beberapa anugerah istimewa kepada beberapa kumpulan yang berjaya seperti Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Tan Sri Dr Lim Wee Chai.

Juga 30 lagi calon yang menerima Anugerah Keusa- hawanan menerusi pelbagai kategori perniagaan.

Pengerusi Enterprise Asia yang juga merupakan bekas Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn berkata para penerima anugerah layak mendapat ucapan tahniah dan penghargaa­n tersebut hasil daripada usaha keras masing- masing dan boleh dijadikan contoh kepada tunas-tunas baharu pada kemudian hari.

“Anugerah ini bukan sahaja sebagai penghargaa­n dan memberi penghormat­an tetapi penting bagi golongan usahawan dan ahli perniagaan sebagai ikon yang membawa wajah dan cerita kejayaan mereka dalam menggerakk­an ekonomi menjadi lebih pesat untuk Asia yang lebih membangun,” katanya.

Enterprise Asia diiktiraf lebih daripada 12 pasaran di rantau Asia Pasifik, menjadikan ia salah satu anugerah seumpamany­a.

 ??  ?? TAHNIAH: Lily (tengah) menerima anugerah berupa trofi Keusahawan­an Asia Pasifik (APEA) Malaysia 2017 daripada William (kiri) pada Majlis APEA 2017 baru-baru ini.
TAHNIAH: Lily (tengah) menerima anugerah berupa trofi Keusahawan­an Asia Pasifik (APEA) Malaysia 2017 daripada William (kiri) pada Majlis APEA 2017 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia