Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n besar guru KEMAS didik kanak-kanak: Amirruddin

-

KUCHING: Mendidik anak bukan suatu perkara mudah dan boleh dibuat sesuka hati sebaliknya memerlukan satu pengorbana­n sangat besar daripada seorang guru dan ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia Datuk Amirruddin Ariffin menjelaska­n, sama seperti melentur buluh biar dari rebung, justeru perlu mencorak minda anak bermula usia muda bagi melahirkan generasi memiliki minda cerdik, cergas dan bertatasus­ila.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Negeri Sarawak di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Telaga Air, dekat sini semalam.

Beliau berkata, program hari potensi merupakan aktiviti tahunan jabatan melibatkan dua kategori iaitu acara bakat dan sukan secara giliran.

“Bagi tahun ini ia melibatkan acara sukan di mana tahun lepas acara bakat telah diadakan,” jelasnya.

Katanya untuk melahirkan kanak-kanak cemerlang pelbagai usaha dilakukan dan ia tidak memakan masa sehari dua sebaliknya melibatkan jangka panjang.

Amirruddin menjelaska­n, objektif utama penganjura­n program itu untuk melihat sejauh mana tahap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak sepanjang mereka berada di tabika.

Untuk kali ini Zon 1 (Parlimen Stampin, Mas Gading, Serian dan Santubong) telah dinobatkan sebagai juara keseluruha­n sempena Hari Potensi Peringkat Negeri Sarawak 2017.

Mereka muncul juara dalam acara bola jaring, futsal, ‘ sprint hurdle’, ‘ formula one’, gerak kreatif dan kanakkanak cemerlang.

Manakala bagi acara ‘rounders’ dimenangi wakil Zon 2 ( Parlimen Betong) sementara Anugerah Pemaju Masyarakat Inovasi dimiliki peserta Zon 4 iaitu Cikgu Flora Nyalo Ujang.

Semua mereka ini akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan pada Oktober di Melaka.

Hari Potensi Peringkat Negeri tahun ini melibatkan seramai 230 peserta yang terdiri daripada Zon 1 (Stampin, Mas Gading, Serian, Santubong), Zon 2 (Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Sarikei dan Julau), Zon 3 (Mukah, Selangau, Kapit dan Sibu) manakala Zon 4 (Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas).

Terdahulu turut menyampaik­an ucapan ialah Pemangku Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Dayang Monalizawa­ti Abang Ismail.

 ??  ?? TAHNIAH: Amirruddin (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang sambil diperhatik­an Dayang Monalizawa­ti (kiri) serta yang lain semasa menutup rasmi program berkenaan semalam.
TAHNIAH: Amirruddin (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang sambil diperhatik­an Dayang Monalizawa­ti (kiri) serta yang lain semasa menutup rasmi program berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia