Utusan Borneo (Sarawak)

Dua daripada 11 sampel anjing dihantar ke VRI positif rabies

-

KUCHING: Dua daripada 11 sampel anjing yang dihantar Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) untuk melalui ujian ujian FAT (fluorescen­t-antibody test) dan PCR (plymerase chain reaction) ke Institut Penyelidik­an Veterinar (VRI) di Ipoh, disahkan positif rabies.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, keputusan bagi sampel-sampel itu diterima pada Ahad, di mana lapan daripadany­a dihantar pada 15 Ogos dan tiga lagi pada 23 Ogos.

“Sampel positif adalah di Kampung Triboh, Jalan Gedong di Serian, yang dalam radius 10 kilometer kawasan survelan dari Kampung Rasau yang diisytihar­kan kawasan wabak pada 18 Julai lalu.

“Manakala Kampung Spaoh Hulu terletak dalam 10 kilometer radius kawasan surveilan dari Kampung Kuala, Gedung di Serian yang diisytihar­kan kawasan wabak pada 9 Ogos lalu,” kata kenyataan tersebut, semalam.

Sembilan sampel lain dida- pati negatif adalah di Jalan Iris, Garden Square, Off Jalan Tang Wei Tah, Kuching; Lorong 4, Jalan Hup Kee, Kuching; Lorong Pangkalan Ampat, Batu 42, Jalan Padawan, Kuching; Kampung Senyabah, Serian (empat sampel), Taman Ricketts, Kuching dan Jalan Sejijak, Batu Kawa, Kuching.

JPVS juga membuat persampela­n terhadap haiwan peliharaan yang disyaki mendapat jangkitan penyakit rabies, di mana sebanyak 219 sampel yang terdiri daripada 201 sampel anjing, 17 sampel kucing dan satu sampel kelawar dari bahagian Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Betong, Samarahan dan Serian, dihantar untuk ujian virus rabies ke VRI, Ipoh.

Semalam, sebanyak 229 ekor anjing telah diberi suntikan pelalian penyakit rabies di Pejabat Perkhidmat­an Veterinar Serian dan program itu akan disambung semula di tempat sama hari ini.

Secara kumulatif, sebanyak 35,122 haiwan peliharaan yang terdiri dari 27,255 anjing, 7,822 kucing dan 45 haiwan lain divaksin, setakat ini.

JPVS juga meneruskan aktiviti penyiasata­n kes- kes berkaitan wabak rabies, dengan sebanyak 39,526 survelan aktif dan 1,119 survelan pasif dibuat di kawasan Serian, Kuching dan Sri Aman.

Operasi bersepadu yang dikendali Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan bersama JPVS setakat ini, menangkap 1,261 anjing terbiar di bahagian Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Samarahan dan Betong sebagai langkah mengawal populasi anjing terbiar bagi mengekang jangkitan wabak penyakit tersebut.

Sila hubungi Bilik Operasi Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di talian 082443991/ 446991/ 447960 untuk sebarang laporan mengenai wabak rabies.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumka­n bahawa sebanyak 53 kes gigitan baharu dilaporkan pada semalam iaitu 12 kes dari bahagian Serian, 39 kes dari bahagian Kuching dan 2 kes dari bahagian Samarahan.

Daripada jumlah tersebut, 48 kes melibatkan haiwan peliharaan iaitu anjing 34 kes, kucing 12 kes dan monyet dua kes manakala lima kes pula melibatkan haiwan liar atau tidak bertuan, iaitu kucing (empat kes) dan tupai (satu kes) menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan sejak 1 April 2017 hingga semalam adalah berjumlah 3,029 kes.

Secara keseluruha­n juga, seramai 1,083 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies, selepas menjalani penilaian klinikal oleh pakar perubatan sama ada vaksin diperlukan atau sebaliknya.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memohon orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 01 April 2017 hingga kini, untuk segera membuat pemeriksaa­n di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat dan sentiasa menghindar­i daripada gigitan haiwan terutama anjing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia