Utusan Borneo (Sarawak)

Masir meraikan rombongan JKKK Rumah Along Kang

-

KUALA LUMPUR: Kehadiran seramai lapan ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Along Kang dari Entebar Batu Lintang, Undop Sri Aman berserta lima pegawai pengiring daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman di Kuala Lumpur telah diraikan dalam satu majlis makan malam yang dihoskan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat di Restoran Makanan Laut Hokkaido, Jalan Lumut di Kuala Lumpur baru- baru ini.

Kehadiran 13 anggota rombongan ini adalah dalam rangka menghadiri Konvensyen Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung dan Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Kebangsaan yang berlangsun­g di Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Menerusi pertanding­an berkenaan, JKKK Rumah Along Kang, Entebar Batu Lintang Undop, Sri Aman berjaya merangkul tempat ketiga bagi kategori rumah panjang bagi peringkat kebangsaan bagi tahun 2017.

Dengan kemenangan tersebut, JKKK Rumah Along berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, projek bernilai RM30,000 berserta sijil penyertaan dan piala.

Masir ketika berucap ringkas pada majlis berkenaan turut merakamkan ucapan tahniah kepada JKKK Rumah Along atas kejayaan mereka sehingga mencapai tahap di peringkat kebangsaan.

Beliau berharap kejayaan Rumah Along itu dapat dijadikan contoh oleh rumah panjang dan kampung lain khususnya di kawasan Parlimen beliau iaitu Sri Aman.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Penyelia Kanan Parlimen Sri Aman Fatimah Tahir, Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman Josipah Sabas, Setiausaha Sulit Kanan Datuk Masir Whelthon Lumpoi, Setiausaha Sulit Datuk Masir Bobby Kinyang, Pembantu Pembanguna­n Masyarakat KEMAS Sri Aman Kelvin Lambai serta ahli JKKK Rumah Along.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia