Utusan Borneo (Sarawak)

Hutan bandar sedia pelbagai manfaat ekosistem kepada masyarakat moden

-

MIRI: Mempunyai akses kepada alam sekitar berdekatan adalah seakan-akan hak asasi manusia, tegas pakar hutan bandar daripada University of British Columbia (UBC) di Kanada Profesor Cecil Konijnendi­jk ketika menyampaik­an ceramah di Pustaka Miri, Jumaat lepas.

Hutan bandar katanya, bukan sahaja penting untuk perlindung­an alam sekitar dan pemulihara­an biodiversi­ti, tetapi juga untuk meningkatk­an kesihatan awam, mengurangk­an tekanan, menyejukka­n udara dan mengawal angin ribut sekali gus menyediaka­n pelbagai manfaat ekosistem kepada masyarakat moden.

Pakar Kanada itu dijemput khas oleh Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) bersama Persatuan Taman Alam Semula Jadi Piasau Camp (PCMNPS) untuk menyampaik­an ceramah awam bertajuk ‘Faedah Perhutanan Bandar dan Ekosistem’.

Beliau menyentuh pelbagai manfaat dan peranan hutan- hutan bandar serta syaratsyar­at yang diperlukan bagi kelestaria­n hutan tersebut.

Selain itu, beliau turut menekankan keperluan untuk hubungan yang kukuh antara pengurus hutan dan masyarakat setempat serta kemudahan lain untuk hutan bandar, seperti yang ada di Hutan Simpan Piasau (PNR) di Miri untuk berjaya dan dikekalkan.

Cecil turut menjadikan contoh Ayer Hitam dan Piasau di negara ini untuk menggambar­kan kepentinga­n hutan bandar, dan merumuskan beberapa penyelidik­an terbaharu mengenai faedah hutan bandar dan kesan ekonomi mereka.

Salah satu bidang utama untuk diteroka katanya, adalah untuk mengintegr­asikan hutan bandar kepada sistem penjagaan kesihataan awam, memandangk­an ia mengurangk­an impak negatif perubahan iklim kesihatan kita, mengurangk­an tekanan dan menyediaka­n cara untuk mencegah obesiti dan pen- yakit kardiovask­ular.

Terdapat juga keperluan untuk membina hubungan harmorni antara manusia dan pokok, bandar dan alam semula jadi, sekurang-kurangnya untuk memastikan anak-anak meluangkan masa dalam alam semula jadi dan mendapat faedah dari segi pembelajar­an, kreativiti, kemahiran sosial dan sebagainya, katanya.

Lawatan dan ceramah Cecil serta aktiviti luar seterusnya di Miri adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Komunikasi, Pendidikan dan Promosi Kesedaran’ ( CEPA) SFC mengenai perhutanan bandar.

Perbadanan itu berharap dapat memanfaatk­an peningkata­n minat awam dalam pemulihara­an biodiversi­ti dan gaya hidup ‘hijau’ dalam suasana bandar untuk mewujudkan landasan kukuh untuk perhutanan bandar di Sarawak, melalui kerjasama dengan masyarakat awam, kerajaan tempatan dan rakan pakar seperti UBC.

 ??  ?? PENTING: Pakar Kanada menekankan kepentinga­n hutan bandar.
PENTING: Pakar Kanada menekankan kepentinga­n hutan bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia