Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan khas motosikal kurang kemalangan maut

Penunggang motosikal gesa kerajaan negeri mempertimb­ang membina lorong khas motosikal

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Penunggang motosikal di bandar raya Miri menggesa kerajaan negeri mempertimb­ang membina lorong khas motosikal bagi mengurangk­an kes kemalangan maut.

Salah seorang penunggang di sini berkata banyak kejadian kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal di sini yang perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan negeri.

“Laluan khas untuk peng- guna motosikal sememangny­a membantu dalam mengurangk­an kadar kemalangan memandangk­an kami sentiasa berdepan risiko dilanggar kenderaan besar,” katanya di sini kelmarin.

Kes terbaharu kemalangan maut melibatkan seorang remaja perempuan yang maut sementara seorang lagi rakannya parah dalam kejadian di Simpang Perak Vista Perdana, malam Sabtu lalu.

Kes terbaharu itu membimbang­kan penunggang motosikal di sini yang mahukan kerajaan khasnya kementeria­n berkaitan melakukan sesuatu untuk mengurangk­an kemalangan jalan raya.

Bahkan menurut pengadu, ia bukan kejadian pertama berlaku di lebuh raya Bypass Miri melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Meskipun kami ber- hati-hati semasa di atas jalan raya, namun risiko berdepan kemalangan amat tinggi lebih-lebih lagi jika kenderaan dipandu laju oleh pihak tidak bertanggun­gjawab,” tegasnya.

Pengadu juga mempersoal­kan jika di Kuching mempunyai laluan khas motosikal, Miri sebagai bandar raya kedua di Sarawak juga memerlukan kemudahan yang sama.

“Meskipun komuniti penunggang motosikal di sini kecil namun ia tidak bermak- sud keselamata­n kami tidak penting, kami juga mahu lorong khas motosikal dibina di Miri,” katanya.

Tambahnya, motosikal hari ini bukan sahaja digunakan golongan kurang berkemampu­an bahkan semua orang bagi melicinkan pergerakan.

“Contohnya di bandar, motosikal menjadi antara kenderaan penting bagi kebanyakan orang untuk memudahkan urusan ke kedai, ke surau dan ke tempat kerja bagi mengelak kesesakan lalu lintas,” katanya.

Pada masa sama tambahnya, penunggang motosikal juga perlu mengikuti saranan seperti berpakaian terang, memastikan lampu dan brek berfungsi sebaiknya.

“Penunggang motosikal juga perlu sedar bahawa mereka berkongsi jalan dengan pelbagai kenderaan lain.

“Faktor kestabilan dan keselamata­n fizikal mereka sentiasa dalam keadaan berisiko tinggi kerana perbezaan kenderaan dua tayar dan empat tayar,” tegasnya.

Laluan khas untuk pengguna motosikal sememangny­a membantu dalam mengurangk­an kadar kemalangan memandangk­an kami sentiasa berdepan risiko dilanggar kenderaan besar. Penunggang motosikal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia