Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan menuntut di ILP, ADTEC bukan kesilapan, kata Riot

-

MIRI: Pilihan menuntut di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) bukanlah satu kesilapan tetapi keputusan tepat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kebolehpas­aran graduan daripada institusi latihan kemahiran mendapat pekerjaan bergaji lumayan juga lebih mudah berbanding graduan universiti.

“Sebagai Ahli Parlimen, kita melihat tidak kurang (anggaran) daripada 50 graduan yang telah menunggu sekian lama (mendapat pekerjaan).

“Ada antara mereka menunggu sehingga lima tahun dan sampai sekarang pun belum mendapat pekerjaan,” jelasnya.

Sedangkan graduan ILP, dalam tempoh 18 bulan bekerja boleh menerima gaji RM3,000.

Terdapat juga graduan ILP dan ADTEC menerima gaji bekerja di luar negara mencecah RM40,000 sebulan.

Richard menjelaska­n perkara itu ketika menemui lebih 300 pelatih ILP Miri, Kota Samarahan, ADTEC Bintulu, Institut Teknologi Riam dan pekerja-pekerja muda semasa dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di ILP Miri semalam.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Serian itu berkata, menu- rut statistik kebolehpas­aran lepasan universiti adalah hanya 63 peratus iaitu 30 peratus lebih rendah daripada ILP dan ADTEC.

“Minggu lepas saya menjawab di Parlimen, statistik ini adalah betul, 93 peratus daripada lepasan ILP dan ADTEC mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan,” jelasnya.

Beliau menambah, untuk ILP Miri, kebolehpas­aran bekas pelatih mendapat pekerjaan adalah lebih 80 peratus.

Mengenai dialog semalam, ia memberi peluang kepada golongan belia untuk berkongsi aspirasi mereka sebagai rujukan dan hala tuju Kementeria­n Sumber Manu- sia (KSM) dan kerajaan.

Dialog membincang­kan dua skop utama iaitu pembelajar­an kemahiran dan pekerjaan.

“Aspirasi anda akan dikumpul. Ini akan menjadi tunjang atau tiang dalam memperkasa­kan TN50 dan memajukan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020 dan 2050,” jelasnya.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KSM Datuk Seri Adenan Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM Datuk Mohamed Elias Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KSM Amir Omar dan Pengarah ILP Miri Dr Rosnah Muhammad Tahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia