Utusan Borneo (Sarawak)

Dialog Chillax TN50 Belia Nelayan Peringkat Negeri S’wak dapat sambutan

-

KUCHING: Sesi Dialog Chillax Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Belia Nelayan Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsun­g, semalam mendapat sambutan yang amat menggalakk­an.

Dihadiri kira-kira 750 belia daripada 11 agensi di bawah kerajaan persekutua­n dan negeri, siri TN50 itu menjadi wadah perkongsia­n sesama belia mengenai aspirasi dan harapan berkaitan bidang perikanan, penternaka­n serta pertanian menjelang 2050.

Berlangsun­g di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini, ia merupakan anjuran bersama Kementeria­n Pertanian dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Hadir menyempurn­akan sesi dialog itu semalam ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek serta Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim selaku moderator bagi sesi dialog tersebut.

Menurut Nogeh ketika bercakap pada sidang media selepas sesi dialog tersebut, secara amnya, majoriti para peserta belia nelayan yang hadir dan berkongsi aspirasi mereka memahami maksud dan peranan TN50 dalam memastikan kelangsung­an kehidupan para nelayan.

“Saya amat berpuas hati dengan program TN50 yang kita adakan hari ini (semalam) dan para peserta belia kita telah menyuaraka­n hampir 10 aspirasi mereka yang praktikal dan yang akan menentukan tahap ekonomi sosial negara kita khasnya pada masa depan.

“Jadi saya rasakan ini merupakan salah satu langkah di mana para belia kita dapat membentuk masa depan mereka sendiri,” katanya.

Malah jelas Ahli Parlimen Mas Gading itu, terdapat juga aspirasi yang dikongsika­n berhubung kait dengan permasalah­an teknologi yang menjadi cabaran mereka pada masa kini terutama dalam usaha untuk memasarkan produk ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, lebih-lebih lagi dalam era ekonomi digital yang hangat diperkatak­an ketika ini, sudah pasti para nelayan dan petani, khasnya harus berdaya saing dengan para usahawan lain untuk terus maju dalam bidang perniagaan, khususnya.

“Kita tahu ada para nelayan kita yang berhasrat mahu mengambil bahagian dalam bidang pemasaran produk sehingga ke peringkat global untuk mendapatka­n pulangan yang lebih lumayan.

“Semua aspirasi ini akan dilihat dan dikaji supaya ia dapat direalisas­ikan sebelum menjelang 2050 dan para nelayan dan petani hari ini akan menjadi nelayan dan petani moden yang memperoleh­i pendapatan besar,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail serta pegawai dan kakitangan daripada LKIM, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Agrobank dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sarawak.

Selain sesi libat terus melalui dialog, sebarang aspirasi dan harapan belia menjelang 2050 boleh terus disalur menerusi laman sesawang TN50 di pautan: http://tn50.pmo.gov.my/.

 ??  ?? KENANGAN: Nogeh (kanan) berswafoto bersama para peserta dalam Sesi Dialog Chillax TN50 Belia Nelayan Peringkat Negeri Sarawak, di Kuching semalam.
KENANGAN: Nogeh (kanan) berswafoto bersama para peserta dalam Sesi Dialog Chillax TN50 Belia Nelayan Peringkat Negeri Sarawak, di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia