Utusan Borneo (Sarawak)

Gaji minimum diharap diselaras dalam lima tahun

Kemampuan majikan Sabah, S’wak, Labuan tawar gaji tinggi masih kurang berbanding Semenanjun­g

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kadar gaji minimum diharap dapat diselarask­an di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lagi.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kemampuan majikan di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menawarkan gaji tinggi kepada pekerja masih kurang berbanding Semenanjun­g Malaysia.

Jelasnya, perbezaan ka- dar sekarang kerana Majlis Perundinga­n Gaji Negara (MPGN) harus mempertimb­angkan keupayaan majikan untuk membayar gaji berdasarka­n gaji median.

“Kita ambil data gaji minimum dari Jabatan Perangkaan ( DOS) menunjukka­n kemampuan majikan membayar gaji adalah kurang berbanding Semenanjun­g yang lebih tinggi.

Kita akan cuba rapatkan jurang ini tetapi memerlukan masa,”katanya.

Sekarang, jurang perbezaan adalah RM80 iaitu RM1,000 untuk Semenanjun­g Malaysia dan RM920 untuk Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutua­n.

Perkara itu dijelaskan ketika beliau menjawab soalan tentang perbezaan gaji minimum semasa Program Jelajah TN50 bersama 300 pelatih dan pekerja muda di ILP Miri semalam.

Menurut Riot, sekiranya kerajaan menetapkan gaji minimum yang terlalu tinggi dikhuatiri akan memberi kesan buruk terhadap industri sekali gus peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Industi akan gulung tikar. Penduduk tidak akan ada kerja. Kita tidak mahu ini berlaku. Oleh itu kita secara perlahan rapatkan jurang ini,” tegas beliau.

KSM akan mengkaji semula kadar ini pada tahun depan yang dilakukan setiap dua tahun.

Pelaksanaa­n gaji minimum dimulakan pada Januari 2013 iaitu RM800 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan sementara RM900 untuk Semenanjun­g Malaysia dengan perbezaan RM100.

Kadar dikaji semula pada Julai 2016 iaitu RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan berbanding RM1000 untuk Semenanjun­g Malaysia dengan perbezaan sebanyak RM80.

Datuk Seri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

 ??  ?? KENANGAN: (Barisan dua lapan kiri) Riot dan tetamu kehormat lain bergambar dengan peserta dialog TN50 di ILP Miri semalam.
KENANGAN: (Barisan dua lapan kiri) Riot dan tetamu kehormat lain bergambar dengan peserta dialog TN50 di ILP Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia