Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek seludup sisik tenggiling RM100 juta bakal didakwa

Siasatan terhadap suspek yang juga pemilik sebuah syarikat hampir siap

-

KOTA KINABALU: Suspek yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah kerana disyaki cuba menyeludup keluar kira-kira 8,000 kilogram sisik tenggiling bernilai RM100 juta melalui Pelabuhan Sepanggar dekat sini pada 29 Julai lepas akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromania­m berkata siasatan ke atas suspek berumur 43 tahun yang juga pemilik sebuah syarikat, sudah hampir siap.

“Dia akan dituduh di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 kerana cuba menyeludup keluar barang larangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara perbarisan kehormat sempena persaraan Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok, semalam. Pada majils berkenaan, Janathan menyerahka­n tugasnya kepada Pengarah Kastam Sabah yang baharu Datuk Hamzah Sundang.

Katanya pihak Kastam akan menjalanka­n pendakwaan atas kesalahan penyeludup­an namun tidak menghalang agensi lain di Sabah termasuk Jabatan Hidupan Liar untuk menguatkua­sakan undangunda­ng di bawah bidang agensi berkenaan terhadap suspek.

Pada 11 Ogos lepas, Janath- an dalam sidang medianya mengumumka­n kejayaan agensi itu merampas 8,000 sisik tenggiling bernilai RM100 juta yang disimpan di dalam 226 guni pada 29 Julai di Pelabuhan Sepanggar dipercayai untuk dieksport ke negara China.

Berdasarka­n berat sisik tenggiling berkenaan, ia dipercayai diperoleh daripada 16,000 ekor tenggiling, namun asal sisik tenggiling berkenaan belum dikenal pasti.

Mengulas pandangan sesetengah pihak kononnya Malaysia dijadikan transit penyeludup­an barangan terlarang itu, Subromania­m berkata semua pihak harus melihat rampasan itu dari sudut positif.

Katanya kejayaan Kastam Malaysia menggagalk­an cubaan penyeludup­an itu bermakna pihak berkuasa Malaysia sentiasa menguatkua­sakan undang-undang bagi membendung kegiatan seperti itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Subromania­m (dua kiri) bergambar bersama Janathan (tiga kiri) dan Pengarah Kastam yang baharu Datuk Hamzah Sundang (kiri) selepas majlis Serah Tugas Pengarah Kastam Negeri Sabah di Kompleks Perumahan Kastam Sepanggar dekat Kota Kinabalu,...
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Subromania­m (dua kiri) bergambar bersama Janathan (tiga kiri) dan Pengarah Kastam yang baharu Datuk Hamzah Sundang (kiri) selepas majlis Serah Tugas Pengarah Kastam Negeri Sabah di Kompleks Perumahan Kastam Sepanggar dekat Kota Kinabalu,...
 ?? — Gambar Bernama ?? MENGAKU BERSALAH: Neoh hadir di Mahkamah Sesyen dekat Alor Setar, semalam selepas mengaku bersalah gagal mengemukak­an penyata Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dalam tempoh ditetapkan.
— Gambar Bernama MENGAKU BERSALAH: Neoh hadir di Mahkamah Sesyen dekat Alor Setar, semalam selepas mengaku bersalah gagal mengemukak­an penyata Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dalam tempoh ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia