Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas jika cetus kekecohan final bola sepak: Polis

-

SHAH ALAM: Polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menimbulka­n kekecohan pada perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata polis akan memperting­katkan kawalan keselamata­n di dalam dan luar Stadium Shah Alam, venue perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand, malam ini.

“Kawalan keselamata­n akan diperketat­kan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku, polis juga tidak akan berkomprom­i dengan sesiapa yang cuba mencetuska­n provokasi sepanjang berlangsun­gnya perlawanan.

“Polis akan melakukan pemeriksaa­n badan terhadap setiap penyokong di semua pintu masuk stadium, polis tidak akan teragak- agak untuk menahan mana-mana penyokong yang didapati membawa bahan larangan seperti senjata tajam dan bahan letupan mengikut Akta bahan Letupan 1957 dan Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Pemetik api, payung, botol minuman juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam stadium dan akan dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mazlan turut menasihatk­an peminat bola sepak agar merancang perjalanan mereka dan hadir awal ke stadium bagi mengelakka­n kesesakan jalan raya dan di pintu masuk stadium.

“Pintu masuk akan dibuka seawal jam 4 petang dan para penyokong Thailand dibenarkan memasuki stadium melalui Pintu A manakala para penyokong Malaysia melalui Pintu B, C dan D.

Malaysia layak ke perlawanan akhir bagi merebut ibu segala pingat KL2017 itu selepas menundukka­n Indonesia 1- 0 sementara Thailand mengalahka­n Myanmar dengan jaringan yang sama. — Bernama ALOR SETAR: Sebuah syarikat mengusahak­an stesen minyak didenda RM11,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan gagal mengemukak­an penyata Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dalam tempoh ditetapkan.

Pengurus syarikat Neoh Eng Koi, 49, membuat pengakuan berkenaan bagi pihak Syarikat Neoh Ah Bah Realty Sdn Bhd selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. Azman menjatuhka­n hukuman denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan serta memerintah­kan Neoh dipenjarak­an tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Syarikat tersebut men- jelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dari April hingga Disember 2015 serta Januari dan April tahun lepas, di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Jalan Lencongan Timur, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani.

Syarikat itu dituduh menurut Seksyen 41(6) Akta GST 2014 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diikendali­kan Pegawai Pendakwa Unit Tindakan Kriminal Bahagian Penguatkua­saan Kastam Kedah Karthy Gasedev a/l Deva Rajoo manakala syarikat itu tidak diwakili peguam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia