Utusan Borneo (Sarawak)

Buta terkena gas pemedih mata, peserta BERSIH 3.0 terima RM28,000

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam memberi ganti rugi RM28,000 terhadap peserta perhimpuna­n BERSIH 3.0 pada 2012 yang mengalami kecederaan parah di mata kanannya, sehingga buta kerana terkena tembakan gas pemedih mata, Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohd Firuz Jaffril dalam penghakima­nnya memberikan ganti rugi am berjumlah RM40,000 kepada Asrul Wadi Ahmad, 31, bagaimanap­un jumlah itu ditolak 30 peratus atas dasar kecuaian plaintif (Asrul Wadi).

Oleh itu plaintif mendapat ganti rugi berjumlah RM28,000.

“Bagi luka pada mata RM10,000, bagi trauma sekunder pada hidung RM10,000, bagi kehilangan keupayaan mata secara kekal RM20,000,” katanya.

Beliau berkata terdapat keterangan bahawa pihak polis telah memberikan arahan supaya peserta perhimpuna­n bersurai dan keterangan menunjukka­n plaintif tidak menghirauk­an amaran tersebut.

“Malah plaintif telah memilih untuk tidak beredar dari tempat kejadian serta-merta .Oleh yang demikian saya mendapati plaintif sememangny­a telah cuai/menyumbang kepada kecederaan yang dialami beliau,” katanya.

Mohd Firuz berkata perlu diingat bahawa kehadiran anggota FRU pada hari kejadian adalah untuk menguatkua­sakan perintah Mahkamah Majistret yang menghalang orang awam memasuki Dataran Merdeka.

“Berdasarka­n keterangan saksi plaintif terdapat dua hingga tiga orang yang tidak dikenali telah memotong kawad duri yang diletakkan oleh pihak polis bagi menghalang laluan dari Jalan Tun Perak ke Dataran Merdeka.

Dalam keadaan ini, saya mendapati bahawa arahan untuk melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpuna­n adalah wajar,” katanya. Mahkamah juga memerintah­kan kelima-lima defendan termasuk polis dan kerajaan Malaysia membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Asrul Wadi.

Pada 16 April 2015, Asrul Wadi memfailkan saman terhadap Supt Zahari Mohd Yusoff, ASP Alekzandra Dawam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Polis Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Asrul Wadi yang merupakan bekas jurutera mendakwa pada 28 April 2012 antara 3 petang hingga 7.30 malam dia bersama ayah dan adiknya telah menghadiri perhimpuna­n BERSIH.

Ketika itu keadaan di luar Masjid Jamek penuh sesak dengan orang ramai dan tibatiba plaintif telah terkena tembakan gas pemedih mata di mukanya dan mengalami kecederaan parah di mata kanannya sehingga kehilangan upaya kekal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMUI: Kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun ditemui menangis di Jalan Puchong Permata 1, Puchong dan dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong, di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DITEMUI: Kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun ditemui menangis di Jalan Puchong Permata 1, Puchong dan dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia