Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM mesyuarat 4 Sept bincang tindakan terhadap Guan Eng

-

KUALA LUMPUR: Kontinjen animasi yang akan menyertai perarakan dan perbarisan pada Hari Kebangsaan 2017 dijangka bakal menjadi tumpuan ramai apabila turut disertai 26 maskot watak utama animasi terkenal negara.

Penyelaras Kontinjen Animasi Nik Ramzi Nik Hassan berkata maskot yang akan menyertai perarakan itu merupakan gabungan watak utama daripada 15 syarikat animasi tempatan.

“Kalau kontinjen lain membuat penampilan yang lebih serius, bersifat kedewasaan... kami ( kontinjen animasi) pula lebih memfokuska­n kanak-kanak dengan penampilan maskot ini.

“Antara maskot yang akan ditampilka­n ialah BoboiBoy, Chuck Chicken, Kluang Man, Awang Khenit, Didi and Friends serta Chichi dan Chacha.

“Sebelum ini kita hanya tampilkan 16 maskot, tetapi kali ini sebanyak 26 maskot akan berarak bersama,” katanya ketika ditemui Bernama pada raptai Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka di sini.

Nik Ramzi, yang juga Penolong Pengarah Kreatif dan Produksi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS), berkata apa yang lebih menarik, maskot berkenaan akan bersama-sama menyanyi serta menari lagu bertemakan kemerdekaa­n yang telah disusun semula lirik serta rentaknya.

Beliau berkata selain maskot tersebut, tiga belon gergasi watak animasi Ejen Ali, Omar dan Ummi serta enam basikal roda tiga juga akan dibawa masuk pada perarakan itu.

“Secara keseluruha­nnya seramai 200 peserta akan mewakili kontinjen ini yang mana mereka terdiri daripada pengendali belon gergasi, maskot serta pengiring. — Bernama PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bermesyuar­at pada 4 Sept ini untuk membincang­kan tindakan undang- undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata ini berikutan keengganan Lim memohon maaf secara terbuka atau menarik balik kenyataann­ya terhadap agensi itu berhubung kenyataan ‘ penahanan haram’ Exco kerajaan negeri berkenaan, Phee Boon Poh.

“Ini adalah satu fitnah kepada sebuah agensi kerajaan yang tiada apa-apa kepentinga­n dalam melaksanak­an tugas kami. Kita memandang perkara ini secara serius kerana ini adalah hak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, di sini semalam.

Jumaat lepas, SPRM memberi tempoh 48 jam kepada Lim untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjay­a itu atau berdepan tindakan undangunda­ng susulan kenyataan yang dikeluarka­nnya yang berunsur fitnah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUKA BAHARU: Ahmad Zahid (lima kiri) beramah mesra dengan sembilan bakal Duta Besar dan Pesuruhjay­a Tinggi yang baharu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama MUKA BAHARU: Ahmad Zahid (lima kiri) beramah mesra dengan sembilan bakal Duta Besar dan Pesuruhjay­a Tinggi yang baharu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONG BEBAS RASUAH: Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua kiri) dan timbalanny­a Datuk Henry Sum Agong (tiga kiri) menyaksika­n majlis penyerahan IBR oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n...
— Gambar Bernama SOKONG BEBAS RASUAH: Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua kiri) dan timbalanny­a Datuk Henry Sum Agong (tiga kiri) menyaksika­n majlis penyerahan IBR oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia