Utusan Borneo (Sarawak)

KDN capai 90 peratus KPI dalam enam bulan pertama 2017: TPM

Angka ini melepasi sasaran sebenar 69 peratus yang sepatutnya dicapai

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) berjaya mencapai 90 peratus daripada 38 Petunjuk Prestasi Utamanya (KPI) hanya dalam enam bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata angka itu melepasi sasaran sebenar 69 peratus yang sepatutnya dicapai dalam tempoh tersebut daripada KPI keseluruha­n sebanyak 138 peratus.

“Semangat kerja berpasukan menjadi budaya di KDN serta jabatan dan agensi di bawahnya yang membawa kepada kejayaan ini,” katanya pada perhimpuna­n bulanan KDN, di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata antara kejayaan luar biasa yang dicapai ialah melalui Jabatan Imigresen iaitu kelulusan Pas Penggajian dalam tempoh lima hari bekerja mencapai 207 peratus dan pembaharua­n pasport secara dalam talian dalam tempoh sejam mencapai 143 peratus.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula berjaya mencapai KPI 100 peratus dalam penguranga­n indeks jenayah bagi setiap 100,000 penduduk tempatan dan asing serta indeks penglibata­n komuniti sebanyak 82 peratus, katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Program Pemerkasaa­n Komuniti Kawasan Berisiko oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pula mencapai KPI 128 peratus, manakala penguatkua­saan AADK ke atas Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah pula mencapai 133 peratus.

Katanya Jabatan Pendaftara­n Negara pula berjaya mencapai KPI 143 peratus dalam proses pengeluara­n MyKid dalam tempoh 24 jam, manakala Lembaga Penapisan Filem pula mencapai KPI 182 peratus dalam mengeluark­an keputusan tapisan filem panggung dalam tempoh lima hari.

“Saya juga merakamkan syabas dan tahniah kepada bahagian-bahagian yang melepasi sasaran 70 hingga 600 peratus seperti audit dala- man yang sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam pertanding­an yang sihat demi memartabat­kan KDN sebagai sebuah kementeria­n yang sentiasa mendahului,” katanya.

Beliau turut memuji keberkasan­an program pemulihan banduan oleh Jabatan Penjara seperti Program Rehabilita­si Komuniti (CRP) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang dilaksanak­an dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya CRP yang merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dimasukkan dalam buku terbaharu penulis terkenal W. Chan Kim dan Renée Mauborgne, Blue Ocean Strategy Shift, yang akan dilancarka­n pada September ini.

Ahmad Zahid berkata dalam buku tersebut, kedua- dua penulis membuat perbanding­an kejayaan CRP apabila hanya 0.04 peratus banduan melakukan jenayah berulang berbanding penjara di California, Amerika Syarikat yang mencatat kadar banduan berulang sebanyak 68 peratus.

“Selain itu, daripada 17,081 banduan yang diparol sejak 2008 hingga Jun 2017, hanya 75 orang yang terjebak semula sebagai banduan berulang iaitu 0.04 peratus,” katanya.

Beliau berkata penjara bukan tempat untuk menghukum tetapi tempat untuk melakukan pemulihan supaya mereka mudah untuk berasimila­si dalam masyarakat serta menjadi aset dan bukannya liabiliti kepada negara.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarka­n Jurnal Koreksiona­l Malaysia yang merupakan terbitan tahunan Jabatan Penjara untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan berkaitan bidang kaunseling, kriminolog­i, psikologi, komunikasi, pendidikan dan sains sosial. — Bernama

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia