Utusan Borneo (Sarawak)

Rosmah lancar laman web, buku koleksi resipi BAKTI

-

PUTRAJAYA: Badan Amal dan Kebajikan Tenaga IsteriIste­ri (BAKTI) yang menyambut ulang tahun ke-40 penubuhann­ya tahun ini akan terus komited melaksanak­an pelbagai aktiviti serta gerak kerja yang memfokuska­n bidang kebajikan, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau yang juga Yang Dipertua BAKTI berkata badan itu akan turut memberi tumpuan kepada program lain seperti pendidikan, bencana alam, semai bakti serta aktiviti yang memenuhi keperluan anggotanya.

Berucap merasmikan laman web BAKTI baharu sempena ulang tahun ke-40 penubuhan BAKTI di Seri Perdana di sini semalam, Rosmah berkata laman web www.bakti.org.my itu merupakan platform atau medium yang penting untuk menyampaik­an maklumat kepada masyarakat mengenai peranan serta tugas BAKTI dalam membantu golongan sasaran.

“Laman web BAKTI yang baharu telah ditambah baik seiring dengan kemajuan teknologi maklumat bagi menjadikan­nya lebih interaktif dan boleh diakses menggunaka­n telefon pintar dan tablet.

“Hubungan anggota-anggota BAKTI dan masyarakat akan lebih erat dan juga mesra melalui penggunaan teknologi terkini,” katanya.

Rosmah turut melancarka­n buku Koleksi Resipi BAKTI sempena ulang tahun itu yang mengandung­i 95 resipi terdiri daripada nasi, lauk-pauk dan juadah sampingan yang menjadi kegemaran suami anggota BAKTI.

Pada majlis pelancaran koleksi resipi itu, Rosmah dibantu Cef Sabri Hassan memasak ikan patin tempoyak, yang merupakan juadah kegemaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di hadapan para tetamu.

Perdana Menteri sejurus tiba di Seri Perdana pada kirakira jam 1.22 petang naik ke atas pentas untuk merasa lauk patin masak tempoyak yang dihasilkan menggunaka­n ikan patin dari Sungai Jelai, Pahang sebelum hidangan berkenaan disajikan di meja utama.

Najib kemudianny­a turut menyaksika­n penyampaia­n setem khas kenangan sempena 40 tahun BAKTI daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd Datuk Mohd Shukrie Salleh kepada Rosmah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN WEB BAKTI: Rosmah (duduk) melihat kandungan laman web selepas merasmikan laman web rasmi BAKTI pada majlis pelancaran laman web BAKTI dan setem ulang tahun ke-40 BAKTI di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN WEB BAKTI: Rosmah (duduk) melihat kandungan laman web selepas merasmikan laman web rasmi BAKTI pada majlis pelancaran laman web BAKTI dan setem ulang tahun ke-40 BAKTI di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia