Utusan Borneo (Sarawak)

Zahid terima kunjungan hormat 9 duta Malaysia

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menerima kunjungan hormat sembilan ketua perwakilan Malaysia yang baharu di Perdana Putra di sini.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Mat Dris Yaacob, Datuk Sudha Devi K. R. Vasudevan ( Australia), Zakri Jaafar ( Bosnia Herzegovin­a), Datuk Lim Juay Jin ( Bra- zil), Zanariah Zainal Abidin ( Republik Czech), Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason ( Jerman), Datuk Jilid Kuminding ( Jordan), Mohd Aznor Mahat ( Lubnan) dan Loh Seck Tiong ( Kenya).

Ketua perwakilan itu menerima watikah pelantikan daripada Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V pada 17 Ogos lepas di Istana Negara. — Bernama PUTRAJAYA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) sedang mencari penyelesai­an terbaik dalam isu penamatan kontrak pengusaha stesen minyak Caltex.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkara itu dikendalik­an oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementeria­n Datuk Seri Jamil Salleh yang bertemu dengan 14 pengusaha terbabit pada 24 Ogos lalu.

“KSU berbincang untuk mengkaji keputusan mahkamah dan mencari jalan terbaik bagi memastikan tiada mana-mana pihak teraniaya berikutan keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau bagaimanap­un kesal kerana ada pengusaha terbabit yang tidak mahu turut serta dalam perbincang­an itu dan sebaliknya bertindak berpiket bersama sebuah persatuan pengguna.

Pada 15 Mei lalu, Caltex menyerahka­n notis penamatan dan memberi tempoh sehingga hujung Jun untuk pengusaha menamatkan operasi stesen minyak masingmasi­ng.

Susulan itu, 15 pengusaha telah mengambil tindakan mahkamah terhadap Caltex kerana tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat minyak tersebut yang didakwa melanggar arahan kerajaan berkaitan pelaksanaa­n perkhidmat­an layan diri di stesen minyak Caltex.

Keputusan Mahkamah Persekutua­n bagaimanap­un menyebelah­i Caltex dan pengusaha terbabit perlu membayar ganti rugi RM300,000 seorang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia