Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Dovizioso tawan Litar Silverston­e, England

-

SILVERSTON­E, England: Penunggang dari Itali, Andrea Dovizioso, memenangi perlumbaan MotoGP di sini Ahad lepas dan memintas Marc Marquez sebagai pendahulu keseluruha­n pelumba selepas Marquez gagal meneruskan perlumbaan kerana masalah enjin Ahad lepas.

Dovizioso memintas Valentino Rossi ketika berbaki tiga pusingan untuk memenangi perlumbaan yang kedua berturut-turut selepas di Austria, dengan Rossi menamatkan saingan di tangga ketiga, di belakang Maverick Vinales.

Divizioso kini mempunyai kelebihan sembilan mata berbanding Marquez, juara bertahan, yang gagal menamatkan perlumbaan apabila enjin jenteranya mengeluark­an asap pada pusingan ke-13 ketika berkeduduk­an tempat ketiga.

“Saya memberikan usaha sepenuhnya pada dua pusingan terakhir,” kata Dovizioso ketika memberitah­u penyiaran BT Sport.

“Saya tidak cukup pantas tetapi saya tahu jentera saya cukup bagus dan mampu bersaing dengan Maverick.

“Ini adalah kemenangan yang penting dan juga mendahului senarai pelumba. Terima kasih kepada pasukan saya.”

Marquez bermula di petak pertama buat kali keempat berturut-turut tetapi penunggang veteran dari Itali, Rossi, pada perlumbaan MotoGP kali ke-300, berjaya memintas beliau pada selekoh pertama.

Cubaan Dovizioso dan Vinales untuk mengejar Rossi pada awalnya terjejas apabila terpaksa bersaing sesama mereka sebelum Dovizioso berjaya melepasi Vinales. — AFP

Ketiga-tiga pemain ini menjaringk­an gol untuk memberikan kekalahan kedua Arsenal musim ini selepas tewas 0-1 di Stoke City, menyebabka­n mereka kini ketinggala­n di tangga ke-16 dan enam mata dari pendahulu liga, Manchester United.

Liverpool naik ke tangga

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Pemain Liverpool meraikan gol jaringan Mohd Salah pada aksi Liga Perdana Inggeris semasa menentang Arsenal di Anfield. WENGER
— Gambar Reuters TERBAIK: Pemain Liverpool meraikan gol jaringan Mohd Salah pada aksi Liga Perdana Inggeris semasa menentang Arsenal di Anfield. WENGER
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia