Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi hambar ‘memakan’ Arsenal

Skuad Wenger turun ke tangga ke-16 selepas dibelasah Liverpool 4-0

-

kedua, dua mata di belakang United dan satu mata di hadapan juara bertahan, Chelsea, yang mencipta kemenangan 2-0 ke atas Everton di tempat sendiri.

“Kami bermain dengan berdisipli­n,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

“Jika anda memberikan ruang dan masa kepada Arsenal, anda akan tewas sebelum permainan bermula, jadi saya tidak fikir mereka boleh melakukan banyak pergerakan. Pujian kepada pemain kerana bekerja-keras dalam padang.”

Tottenham Hotspur kurang dua lagi mata di tangga kesembilan selepas badi di Wembley, ketika stadium White Hart Lane dalam pembinaan semula, seri 1- 1 dengan Burnley walaupun mendahului 1-0.

Kekalahan Arsenal dan cara pasukan itu tewas dengan mudah, akan sekali lagi membangkit­kan persoalan mengenai kedudukan Wenger, kurang tiga bulan selepas beliau menandatan­gani kontrak baharu dua tahun.

Ia adalah kekalahan liga terburuk Arsenal sejak tewas 0- 4 di Southampto­n pada Disember 2015.

“Dari segi mental, ia adalah sukar,” kata Wenger ketika memberitah­u Sky Sports. “Satu aksi yang mengecewak­an.

“Keputusan ini adalah kerana prestasi hambar. Ia tidak cukup bagus. Kami tewas dalam semua posisi dan pada akhirnya, kami memberikan ruang mudah kepada mereka.”

Wenger menurunkan Alexis Sanchez buat kali pertama musim ini selepas pulih dari kecederaan perut tetapi menyaksika­n pasukannya ketinggala­n pada minit ke-17 apabila hantaran Joe Gomez ditanduk Firmino.

Firmino mengumpan gol kedua pada minit ke-40 yang disempurna­kan oleh Mane.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Arsenal apabila Salah melepasi kawalan Hector Bellerin sebelum merembat bola ke pintu gol untuk kedudukan 3-0.

Pemain gantian, Daniel Sturridge, melengkapk­an jaringan apabila menanduk hantaran lintang Salah pada minit ke-77.

Tottenham sekarang hanya menang sekali dari 11 perlawanan di Stadium Wembley, selepas tewas 1- 2 kepada Chelsea dan Ahad lepas, seri dengan Burnley.

Dele Allli meletakkan Spurs di hadapan pada minit ke-49 dari satu tendangan sudut tetapi penyerang baharu Burnley, Chris Wood, mengikat kedudukan pada minit kecederaan dari satu umpanan Robbie Brady.

Alvaro Morata menjaringk­an satu gol dan mengumpan satu lagi gol ketika Chelsea kembali mencipta kemenangan di Stamford Bridge dengan menewaskan pasukan yang belum tewas, Everton.

Morata, pemain paling mahal Chelsea, menjaringk­an gol kedua, lima minit sebelum rehat.

Pada perlawanan lain, rekod kemenangan bersih West Bromwich berakhir apabila diikat 1-1 oleh Stoke City. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAMPAS TAKTHA: Dovizioso meraikan kejayaanny­a memenangi MotoGP British di Litar Silverston­e, England.
— Gambar AFP RAMPAS TAKTHA: Dovizioso meraikan kejayaanny­a memenangi MotoGP British di Litar Silverston­e, England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia