Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong turun berkampung untuk tiket final

Tidak mahu kempunan bagi menyaksika­n perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Thailand

-

SHAH ALAM: Stadium Shah Alam dibanjiri penyokong bola sepak tempatan yang berkampung sejak 10 malam kelmarin, bagi mengelakka­n daripada kempunan mendapatka­n tiket perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand malam ini.

Ribuan penyokong berbaris panjang walaupun kaunterkau­nter tiket hanya mula dibuka pada 11 pagi bagi memastikan tidak terlepas peluang menyaksika­n perlawanan bagi ibu segala pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu.

Mengikut kenyataan Sekretaria­t Kuala Lumpur 2017 tiket tidak dijual secara dalam talian di laman web 2017. Tiket untuk penyokong tuan Sebahagian daripada ribuan penyokong Malaysia menunggu di perkaranga­n Stadium Shah Alam untuk membeli tiket perlawanan akhir Bola Sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Thailand. rumah dijual di Stadium Shah Alam manakala tiket untuk penyokong Thailand dijual di Stadium Melawati.

Tinjauan Bernama di sini mendapati ada penyokong yang sanggup membawa beg tidur malah tikar untuk tidur di pekarangan stadium berkenaan malam kelmarin.

Seorang penyokong, Hasani Hassan, 28, berkata dia bersama-sama sembilan rakannya tiba di stadium pada 2 pagi kelmarin.

“Tidur di perkaranga­n stadium sudah biasa bagi kami, tidak kira hujan atau tidak, saya tetap mahu mendapatka­n tiket menyaksika­n perlawanan Malaysia pada final ini.

“Sebagai rakyat Malaysia sudah pastinya saya memberi sokongan padu walaupun terpaksa bersusah- payah berbaris panjang,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi penyokong, Badrul Hisham Abdullah, 25, berkata dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksika­n perlawanan akhir Malaysia dengan Thailand.

“Saya sanggup memandu kereta sejak awal pagi kelmarin dari Kuala Lumpur semata-mata hendak membeli tiket perlawanan akhir Malaysia kerana difahamkan tiket tidak dijual secara dalam talian.

“Namun ia tidak menghalang saya untuk tidak menyaksika­n perlawanan akhir Malaysia dengan Thailand yang merupakan lawan yang mantap pada (pasukan) kita,” katanya.

Perlawanan dijadual bermula 8.45 malam.

Sebelum ini, venue bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki itu dijadual berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya ia melibatkan pasukan negara beraksi di pentas akhir.

Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan mengumumka­n Stadium Shah Alam dipilih se- bagai venue bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki itu.

Dalam pada itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia menentang Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) pada 4.30 petang pada hari yang sama. — Bernama

 ??  ?? TANDA SOKONGAN PADU:
TANDA SOKONGAN PADU:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia