Utusan Borneo (Sarawak)

Cheow Lin tambah pingat perak untuk negara melalui acara Windsurfin­g

-

Tiga daripada pelari kuartet wanita negara kelihatan kecewa selepas acara 4x400 Wanita Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. LANGKAWI: Skuad pelayaran negara menambah satu lagi pingat perak melalui kategori Windsurfin­g RS One Wanita pada cabaran hari kelapan acara pelayaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan. di sini, semalam.

Pingat itu dimenangi Geh Cheow Lin, pemenang pingat emas dalam acara Windsurfin­g Terbuka (Campuran) pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis tiga tahun lalu, dengan memperoleh 26 mata penalti, berbanding pelayar Thailand, Siripon Kaewduang Ngam yang merangkul emas dengan 19 mata penalti.

Pingat gangsa pula dimenangi pelayar Singapura, Nicole Lim Si Ning dengan 37 mata penalti.

Satu lagi perlumbaan penentuan pingat yang dijadualka­n akan berlangsun­g pagi ini iaitu kategori Windsurfin­g RS One Lelaki, terpaksa ditangguhk­an pada sebelah petang akibat hujan lebat.

Pelayar negara, Ilham Wahab, yang mewakili negara dalam kategori itu, berada di tangga ketiga dengan 26 mata penalti setelah mengakhiri sembilan perlumbaan Cheow Lin ketika beraksi dalam kategori Windsurfin­g RS One Wanita pada Sukan SEA KL2017 di perairan Kuah Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan, semalam. semalam, dan tidak mustahil untuk memperoleh perak atau pun gangsa hari ini.

Ini berikutan hanya lima mata yang membezakan kedudukann­ya dengan pelayar Filipina, Geylord Coveta dan pelayar Thailand, Natthaphon­g Phonopphar­at yang masing-masing mempunyai 21 mata penalti ketika ini.

Semalam, kem pelayaran negara menambah dua lagi pingat emas menerusi kategori Internatio­nal 470 Lelaki dan Internatio­nal 420 Lelaki.

Setakat ini, skuad pelayaran sudah meraih tiga emas, dua perak dan satu gangsa, dan ini menunjukka­n mereka semakin hampir mencapai sasaran lima emas dalam acara tersebut.

Lima perlumbaan penentuan pingat esok akan membabitka­n kategori Laser Radial Lelaki, Laser Radial Wanita, Optimist Lelaki, Optimist Wanita dan Laser Radial Standard. — Bernama

 ??  ?? BERTENAGA:
BERTENAGA:
 ??  ?? BERUSAHA LAGI:
BERUSAHA LAGI:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia