Utusan Borneo (Sarawak)

Komanwel 2018 tempat menebus duka

Muhammad Azroy nekad sumbangkan pingat emas untuk negara pada tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Gagal membutirka­n sebarang pingat pada Sukan SEA ke-29 yang berlangsun­g di laman sendiri, atlet angkat berat negara Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad bertekad mahu menebus kekecewaan­nya dengan menyumbang emas pada Sukan Komanwel tahun depan.

Muhammad Azroy yang beraksi dalam kategori 56kg yakin mampu menghadiah­kan pingat emas pada Sukan Komanwel yang akan berlangsun­g di Gold Coast, Australia setelah berupaya melakukan jumlah angkatan keseluruha­n 258kg dalam saingan acara itu di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC), semalam.

Atlet kelahiran Rompin, Pahang berusia 23 tahun itu turut mengatasi rekod peribadiny­a dengan angkatan keseluruha­n sebanyak 250kg, yang dicatat sewaktu Sukan Perpaduan Islam di Baku, Azerbaijan pada Mei lalu.

Dalam saingan semalam, beliau sekadar menduduki tempat keempat dengan melakukan angkatan 115kg bagi disiplin Snatch dan 143kg bagi Clean & Jerk.

Pingat emas diraih atlet Vietnam, Thach Kim Tuan yang melakukan angkatan TIDAK PUTUS ASA: Muhammad Azroy mengangkat bebanan seberat 143kg dalam acara Angkat Berat Lelaki 56 kg kategori Clean & Jerk akhir Sukan SEA KL2017 di MITEC, semalam. keseluruha­n 269kg (120kg Snatch dan 149kg Clean & Jerk), pingat perak dimenangi Surahmat Suwoto Wijoy darti Indonesia yang mengangkat 267kg (119kg Snatch dan 148kg Clean & Jerk) manakala atlet Thailand Witoon Mingmoon melalui angkatan 259kg (110kg Snatch dan 149kg Clean & Jerk) meraih gangsa.

“Hari ini rezeki tidak memihak kepada saya kerana hanya dibezakan satu kilogram sahaja untuk meraih gangsa yang dimenangi atlet Thailand, Witoon namun saya tetap berpuas hati mampu berada pada ranking pertama (catatan terbaik) untuk Sukan Komanwel dan memecahkan rekod peribadi.

“Selain itu, masa juga tidak mencukupi bagi saya untuk mengangkat berat 145kg bagi Clean & Jerk yang menyaksika­n saya hanya mampu membuat angkatan 143kg sahaja,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang membuat kemunculan kali pertama di Sukan SEA mahu mengambil iktibar daripada kegagalann­ya meraih pingat pada Sukan SEA kali ini dan berazam mahu bangkit dengan menampilka­n aksi terbaik pada Sukan SEA di Filipina pada 2019.

Muhammad Azroy berkata beliau akan menjalani latihan intensif di China selepas ini sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Dunia di California, Amerika Syarikat pada hujung tahun ini selain aksi Sukan Asia di Jakarta dan Sukan Komanwel pada tahun depan.

Ditanya bagaimana beliau melibatkan diri dalam angkat berat, beliau berkata segalanya bermula setelah membelek gambar lama ayahnya, Izhar Ahmad, 46, yang merupakan bekas atlet angkat berat Pahang.

“Pada mulanya ayah melarang saya menyertai sukan ini kerana saiz fizikal badan yang terlalu kecil namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menjadi atlet angkat berat satu hari nanti.” — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? AZIZULHASN­I
AZIZULHASN­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia