Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pelumba negara ke separuh akhir malam ini

-

NILAI: Juara Keirin Dunia dari Malaysia Mohd Azizulhasn­i Awang akan beraksi di separuh akhir acara pecut lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Velodrom Nasional di sini malam ini.

Dalam kemunculan pertamanya di KL2017 hari ini, beliau yang dikenali sebagai ‘ The Pocket Rocketman’ mengatasi pelumba Brunei 2-0 untuk melangkah ke pusingan separuh akhir.

Sebelum itu, beliau mencatatka­n masa 10.121 saat untuk tempat pertama daripada lapan pelumba di peringkat saringan.

Rakan sepasukann­ya, Mu- hammad Shah Firdaus Sahrom juga layak ke separuh akhir selepas menewaskan pelumba Singapura Lance Tan.

Muhammad Shah Firdaus yang mencatatka­n masa 10.191s dalam saringan, menang 2-0 selepas menguasai perlumbaan pertama dan kedua di pusingan suku akhir.

Sementara itu, dalam pecutan individu perempuan, Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan juga layak ke separuh akhir.

Fatehah mencatat masa 11.208s, melayakkan diri di tempat pertama sementara Farina Shawati di tempat kedua dengan masa 11.726s. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasukan skuasy wanita negara berpeluang cerah untuk pertahanka­n pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( KL2017), namun pasukan lelaki menamatkan saingan selepas buat pertama kali gagal menempa tempat ke final.

Skuad wanita negara dijad- ualkan bertemu Singapura pada final selepas menang mudah ke atas Indonesia 20 manakala pasukan lelaki terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada Filipina 0-2.

Pengurus pasukan, Nik Razeen A Daud berkata kekalahan skuad lelaki itu merupakan sesuatu yang mengejutka­n namun mengakui pasukan negara berdepan perlawanan sengit dengan Filipina yang menampilka­n permainan agresif berbanding pasukan negara yang bermula agak perlahan.

“Kita akan jumpa jurulatih serta pemain selepas ini untuk cari apa punca masalah kepada kekalahan kita,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan.

Nik Razeen yang juga timbalan presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia ( SRAM) berkata pasukan wanita bagaimanap­un yakin dapat mempertaha­nkan pingat emas acara berpasukan yang dijadualka­n pada esok malam.

Untuk rekod, skuad skuasy negara sudah meraih tiga pingat emas melalui acara beregu wanita, beregu lelaki dan beregu campuran dan dijangka mampu menambah dua lagi pingat emas dalam acara perseorang­an lelaki dan wanita, malam ini. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia