Utusan Borneo (Sarawak)

Kriket wanita sumbang gangsa

-

KUALA LUMPUR: Skuad kriket wanita negara berjaya mengalahka­n Singapura dengan lapan wiket untuk meraih pingat gangsa dalam acara T20 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Kinrara Oval, Puchong, dekat sini, semalam.

Skuad bimbingan M. Haemalatha berjaya mempamerka­n aksi cemerlang selepas mencatat 52 larian dan dua wiket dalam 9.5 Overs manakala Singapura hanya melakukan 50 larian dalam 19.4 Overs.

Ketua pasukan, D. Winifred Anne, Christina Baret dan Yusrina Yaakop mencuri tumpuan setelah masing-masing berjaya melakukan 10 larian.

Sementara itu, Winifred Anne berkata walaupun mengalami kekalahan mengejut di tangan Indonesia dan menyekat peluang mereka untuk meraih gangsa, ia tidak melunturka­n semangat juang rakan sepasukann­ya.

“Selepas kakalahan semalam, saya sendiri telah berjumpa dengan semua pemain dan kami bertekad untuk tidak melepaskan pingat gangsa pada perlawanan hari ini (semalam).

“Hasil semangat berpasu- kan yang tinggi, kami berjaya mencipta sejarah dengan meraih pingat gangsa dan saya amat berbangga dengan semangat sepasukan yang ditunjukka­n,” katanya selepas perlawanan perebutan tempat ketiga/keempat itu.

Pingat emas acara berkenaan dimenangi Thailand selepas menundukka­n Indonesia dengan kelebihan 23 larian pada aksi final. — Bernama KEBANGGAAN: Pasukan Kriket Wanita negara meraih pingat gangsa pada Sukan SEA KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia