Utusan Borneo (Sarawak)

Bumi Bakong FC rangkul Piala Datuk Francis Harden

-

SRI AMAN: Kempen Liga Sri Aman (Piala Datuk Francis Harden Hollis)/Lea Sports Centre 2017 menutup tirainya kelmarin dengan menyaksika­n Bumi Bakong FC menjulang kejuaraan.

Kejayaan skuad kendalian Masrol Abdillah itu terpahat selepas membenam Saberkas DUN Lingga (4-2) pada aksi final yang berlangsun­g di Padang Dewan Suarah Sri Aman petang semalam.

Empat penyerang Bumi Bakong FC iaitu Mohd Fadilah Bandong, Willy Edmund, Hairil Jaafar dan Mas Shafiq Azizan muncul hero skuad itu selepas meledak satu gol setiap seorang pada minit kelima, 40, 53 dan 75.

Manakala gol sagu hati SABERKAS DUN Lingga hadir menerusi Abang Azri Fikri Abang Saufee (34) dan Mohd Zulfadli Tahir (81).

Kejayaan manis itu mem- bolehkan Bumi Bakong FC membawa pulang wang tunai RM3,500, piala pusingan, piala iringan, pingat dan baucar barangan sukan.

SABERKAS DUN Lingga pula berpuas hati dengan hadiah berjumlah RM2,500, piala, pingat dan baucar barangan sukan.

Pasukan Pemuda PRS yang menduduki tempat ketiga tidak hampa apabila pulang dengan RM1,500, piala, pingat dan baucar barangan sukan.

Manakala SUPP Simanggang FC menerima RM500, piala, pingat berserta baucar barangan sukan selaku pemenang tempat keempat.

Hadiah kepada semua pasukan disampaika­n Menteri Muda Kesejahter­aann Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis.

Hadir sama Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais.

 ??  ?? JUARA: Pemain Bumi Bakong FC sempat merakam kenangan bersama Harden (tujuh kiri) dan Posa (belakang lima kanan) sebaik selesai majlis penyampaia­n hadiah.
JUARA: Pemain Bumi Bakong FC sempat merakam kenangan bersama Harden (tujuh kiri) dan Posa (belakang lima kanan) sebaik selesai majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia