Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad futsal lelaki, wanita Kuching tepati ramalan juara

-

BETONG: Skuad futsal lelaki dan wanita Kuching menepati ramalan apabila ditabal juara Kejohanan Futsal Piala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan 2017 yang melabuhkan tirai di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong kelmarin.

Dalam kategori lelaki, Kuching beraksi cemerlang pada perlawanan akhir dengan membelasah Sibu dengan jaringan 6-1 untuk mengesahka­n kejuaraan.

Tempat ketiga dimenangi Mukah dengan membenam Bintulu 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kuching turut cemerlang dalam kategori wanita apabila berjaya menundukka­n Sibu 6-0 dalam perlawanan akhir berlangsun­g awal pada sebelah petang.

Kategori sama menyaksika­n Bintulu menduduki tempat ketiga dengan menewaskan Miri 2-1.

Selaku juara, kedua-dua skuad lelaki dan wanita Kuching membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Naib juara kedua-dua kategori pula meraih RM4,000 berserta piala iringan dan pingat.

Pasukan yang menduduki tempat ketiga bagi kedua-dua kategori pula menggondol RM3,000, piala iringan dan pingat.

Manakala pemenang tempat keempat lelaki dan wanita berpuas hati dengan RM2,000, piala iringan dan pingat.

Pasukan yang tidak layak ke peringkat suku akhir masing- masing menerima RM500 manakala pasukan yang gagal mara ke separuh akhir menerima RM700 setiap pasukan.

Sementara itu, Kuching meraih tiga anugerah tambahan apabila tiga pemain mereka diangkat sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan.

Penjaga gol Kuching, Muhamad Rafizal Mustapha dan Norashima Othman dinobat selaku Penjaga Gol Terbaik (lelaki dan wanita) manakala Muhd Erzuan Gafar merangkul gelaran Pemain Terbaik bagi kategori lelaki.

Pemenang anugerah khas lain termasuk Mohd Nurmanshah Ismail (Bintulu – Penjaring Gol Terbanyak Lelaki), Sibu (Fair Play Lelaki), Sabrina Poh (Bintulu – Pemain Terbaik Wanita), Siti Rohani Saptu (Miri – Penjaring Gol Terbanyak Wanita) dan Sibu (Fair Play Wanita).

Hadiah disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohd Radzi Sitam.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Betong Abang Suhordie Abang Zaini, Residen Betong Friday Belik dan Penolong Setiausaha (Seksyen Sukan) Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan John Nasuil Peter Timik.

 ??  ?? PEMAIN TERBAIK: Radzi (dua kanan) menyampaik­an anugerah khas kepada pemain Kuching, Muhd Erzuan.
PEMAIN TERBAIK: Radzi (dua kanan) menyampaik­an anugerah khas kepada pemain Kuching, Muhd Erzuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia