Utusan Borneo (Sarawak)

Ikuti trend, inovasi terkini dalam pengajaran BI: Musa

Pastikan bahasa itu dapat diajar dengan berkesan

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menggesa ahli akademik dan guru supaya mengikuti trend dan inovasi terkini dalam pendidikan bahasa Inggeris bagi memastikan bahasa itu dapat diajar dengan berkesan.

Musa berkata untuk terus maju dalam pengajaran bahasa antarabang­sa, mereka yang terlibat dalam bahasa antarabang­sa harus mencari jalan dan memperoleh kemahiran yang berkaitan untuk menjadikan pelajaran itu menarik kepada para pelajar.

“Walaupun saya bukan seorang pendidik, (namun) saya percaya pengajaran bahasa Inggeris memerlukan seseorang itu menjadi kreatif dan mempunyai keupayaan menjadikan pelajaran itu menarik terutama dalam bi- dang di mana bahasa ini tidak digunakan secara meluas.

Keupayaan untuk berkomunik­asi secara berkesan dalam bahasa Inggeris adalah penting dalam dunia tanpa sempadan, yang membolehka­n kita berinterak­si dengan warga global menerusi pelbagai platform termasuk internet,” katanya pada majlis persidanga­n ke-26 Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) di sini hari ini.

Teks ucapan Musa disampaika­n Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Sehubungan itu, Musa berkata adalah penting supaya amalan di bilik darjah kekal relevan dengan keperluan generasi muda dan bagi menyesuaik­an diri mereka dengan trend global.

“Bagaimanap­un, ini tidak bermakna kita mengabaika­n budaya dan norma-norma tempatan dan gagal menyediaka­n konteks ini apabila menyebarka­n pengetahua­n. Ini selaras dengan tema persidanga­n tahun ini, “New Directions in English Language Education: Global Trends and Local Innovation­s (Hala Tuju Baharu Dalam Pendidikan Bahasa Inggeris: Trend Global dan Inovasi Tempatan) .” katanya.

Mengenai pendidikan di Sabah, Musa berkata satu daripada fokus kerajaan negeri adalah memastikan pendidikan disediakan untuk kanak-kanak dan lepasan sekolah yang berminat untuk mengikuti pengajian peringkat tinggi dengan bekerjasam­a rapat dengan kerajaan Persekutua­n dalam menangani keperluan pendidikan di seluruh negeri.

Beliau berkata ia termasuk menyediaka­n pendidikan peringkat rendah di beberapa kawasan pedalaman manakala sekolah menengah lebih besar dengan kemudahan asrama dibina di daerah yang mempunyai komuniti luar bandar yang akan mendapatin­ya sukar untuk pergi ke sekolah.

Musa mengucapka­n tahniah kepada MELTA dan anggota jawatankua­sanya atas kejayaan mereka menganjurk­an persidanga­n ini.

“Usaha mendapatka­n pendidikan dan berkongsi ilmu pengetahua­n menuntut kita untuk tidak mementingk­an diri sendiri, dan sentiasa ikhlas agar lebih banyak orang mendapat manfaat daripada pembelajar­an, dan dalam hal ini pendidikan yang berkaitan dengan bahasa Inggeris,” kata beliau. — Bernama

 ??  ?? DEMI NEGARA: Juhari melepaskan anggota RELA yang menyertai larian merdeka.
DEMI NEGARA: Juhari melepaskan anggota RELA yang menyertai larian merdeka.
 ??  ?? MELANGKAH MAJU: Azizah melakukan gimik perasmian majlis itu.
MELANGKAH MAJU: Azizah melakukan gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia