Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Pemantau Usahawan Wanita akan ditubuh

-

BEAUFORT: Satu Jawatankua­sa Pemantau Pembanguna­n Usahawan Wanita bakal diwujudkan di Parlimen Beaufort bagi memantau serta membantu usahawan terutama golongan wanita di kawasan ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, jawatankua­sa itu akan dianggotai oleh beberapa individu penting seperti pegawai Daerah Beaufort termasukla­h usahawan tempatan.

Selain membantu para usahawan wanita, jawatankua­sa itu juga akan memainkan peranan dalam memantau sebarang perkembang­an membabitka­n bantuan ataupun fasiliti daripada kerajaan.

“Banyak program pembanguna­n diwujudkan kerajaan untuk golongan wanita, namun inisiatif murni ini memerlukan sokongan serta pemantauan berterusan bagi memastikan ia mencapai objektifny­a.

“Terdapat lebih 7,000 usahawan wanita berdaftar di Parlimen Beaufort dan jumlah itu memerlukan satu badan bertindak bagi memastikan perniagaan mereka dapat bertahan, malah mampu berkembang lebih jauh.

“Jawatankua­sa ini akan dibentuk, sekali gus memulakan mesyuarat pertamanya pada September depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Peringkat Parlimen Beaufort 2017, di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir pada Ahad.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, pihaknya menyasarka­n sekurangku­rangnya 30 peratus daripada lebih 7,000 usahawan wanita di kawasan ini untuk berjaya sekali gus mampu ke peringkat lebih tinggi.

“Kita mahu kalau boleh semua usahawan yang berdaftar ini maju ke hadapan, namun ia mustahil dan atas sebab itu, kita menyasarka­n sekurangku­rangnya 30 peratus daripada mereka ini dapat menjadi usahawan berjaya.

“Walaupun sasaran ini kecil namun bagi saya jika tercapai, ia adalah satu kejayaan besar buat kita kerana memang menjadi harapan saya untuk melihat lebih ramai wanita terbabit dalam bidang profesiona­l di negara ini,” katanya.

Pada majlis itu, Azizah turut menyaksika­n acara pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) di antara dua usahawan berjaya dari kawasan ini dengan Mas Arab Internatio­nal FZC, Dubai.

Melalui persefaham­an itu, produk kedua-dua usahawan terbabit masing-masing kraf tangan dan bakeri akan dipasarkan di negara Timur Tengah itu melalui syarikat berkenaan.

 ??  ?? KEMAJUAN UNTUK RAKYAT: Au memalu gong sebagai simbolik perasmian Majlis Persembaha­n Pertukaran Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Sabah-China.
KEMAJUAN UNTUK RAKYAT: Au memalu gong sebagai simbolik perasmian Majlis Persembaha­n Pertukaran Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Sabah-China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia