Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan semakin baik

-

SANDAKAN: Sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan dalam pelbagai program dan pembanguna­n khususnya di kawasan Elopura semakin baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Datuk Au Kam Wah berkata selain meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, pelbagai program diadakan sebagai pengisian untuk menyambut Hari Kemerdekaa­n.

“Selain mengadakan program kemerdekaa­n, kita juga menganjurk­an program di Pasar Kim Fung ini di mana ramai masyarakat tidak kira kaum dan bangsa dari sekitar daerah ini turut bersama-sama dan sambutan begitu baik sekali.

“Jadi, ini bermakna rakyat secara keseluruha­n sebenarnya sangat menyokong apa juga program atau sebarang pembanguna­n yang diadakan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Persembaha­n Pertukaran Kebudayaan dan Kesenian Malaysia SabahChina sempena Sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60 Malaysia di Pasar Kim Fung, Batu 4, di sini malam Sabtu.

Program yang bermula jam 6.30 petang hingga 9 malam itu adalah anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawangan Sandakan.

“Hari ini kita berasa bangga kerana sekali lagi kita akan menyambut Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia di mana, kita nampak hari ini seluruh masyarakat yang berbilang kaum dapat bersama-sama menyaksika­n program yang khas dipersem- bahkan di Pasar Kim Fung setiap malam Sabtu.

“Hari ini ada istimewa sedikit iaitu persembaha­n muzikal dari China melibatkan lebih 15 orang. Mereka datang untuk mengadakan program pertukaran kebudayaan dan kesenian di sini. Jadi mereka mengambil kesempatan ini membuat satu persembaha­n untuk rakyat Sandakan.

“Selain seluruh rakyat Malaysia merayakan Hari Kemerdekaa­n, mereka juga dapat menyaksika­n sendiri betapa pentingnya rakyat dan negara kita menyambut Hari Kemerdekaa­n,” katanya.

Dalam pada itu, Au juga memberitah­u bahawa pada minggu depan, satu lagi program akan diadakan di sini iaitu Festival Makanan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia