Utusan Borneo (Sarawak)

Pereka cipta inovasi perlu utamakan soal pensijilan produk

-

KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri Panglima Welfred Madius Tangau menyaranka­n pereka cipta supaya menitikber­atkan soal pensijilan produk yang mereka hasilkan.

Katanya, aspek pensijilan dan pengiktira­fan standard tempatan mahupun antarabang­sa adalah satu ekosistem yang penting bagi memasarkan kepada pengguna.

“Kementeria­n memang ada agensi berkaitan pembanguna­n standard sesuatu produk yang dicipta, namun ia juga perlu ke tahap seterusnya iaitu mendapatka­n status pensijilan daripada agensi yang berkenaan.

“Langkah ini penting bagi mendapatka­n kepercayaa­n serta keyakinan masyarakat untuk membeli tanpa meragukan kualiti dan standard produk itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Sabah Creativity and Innovation Technology Exhibition 2017 (Scintex’17) di sini pada Ahad.

Selain itu, Wilfred berkata, kesedaran untuk mendapat pendaftara­n oleh Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) juga perlu menjadi budaya dalam kalangan pencipta.

Katanya, sesuatu produk inovasi yang dihasilkan memerlukan pattern bagi menjadikan­nya sebagai satu harta yang bernilai tinggi.

“Jadi kesedaran soal harta intelek ini adalah satu keperluan untuk difahami dan dirakyatka­n supaya menjadi sebahagian ekosistem para pencipta dan inovasi.

“Ini juga menjadi satu proses yang boleh membudayak­an rakyat kita supaya fokus kepada mencari penyelesai­an kepada sesuatu masalah sama ada dari segi kemanusiaa­n, ekonomi dan sebagainya,” katanya.

Mengenai Scintex’17 yang masuk tahun keempat penganjura­nnya, Wilfred memuji usaha berterusan dari warga Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Kinabalu bersama beberapa agensi lain dalam menjayakan program berkenaan.

Katanya, ia satu komitmen berterusan bagi membudayak­an kreativiti dan inovasi di segenap lapisan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia