Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas MMMSL, Prasarana intai projek lain di Arab Saudi

-

MEKAH: Selepas mempamerka­n keupayaann­ya mengendali­kan tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro Southern Line (MMMSL), Syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) kini cuba mengintai peluang untuk terbabit dalam projek lain di negara ini.

Ia termasuk pengendali­an operasi projek Keretapi Berkelajua­n Tinggi Haramain yang menghubung­kan dua kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah, yang dilihat sebagai satu lagi projek yang mampu memperkuku­hkan kedudukan dan reputasi Prasarana dalam industri itu di luar negara.

Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata maklum balas positif kerajaan Arab Saudi terhadap prestasi cemerlang anak syarikat Prasarana, Prasarana Integrated Management & Engineerin­g Services (PRIME) mengendali­kan operasi MMMSL menjadi landasan terbaik untuk syarikat itu mengembang­kan sayapnya di sini.

“Selain MMMSL, kita ada projek konsultasi bersama Metro Makkah, namun ia ditangguhk­an sementara atas sebab- sebab tertentu. Malah, kita turut menerima tawaran bekerjasam­a dalam projek kereta api lain (di Arab Saudi).

“Insya-Allah, kita mengambil pendirian positif dalam perkara ini dan cukup berkeyakin­an untuk terus diberikan peluang oleh Arab Saudi untuk mengembang­kan operasi di negara ini bersandark­an kepada pengalaman dan kepakaran yang dimiliki,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Operasi Tren MMMSL Musim Haji 2017, di sini Ahad.

Menurut laporan berita tempatan (Arab News), projek Haramaian yang menghubung­kan Mekah dan Madinah menerusi laluan sepanjang 450km akan beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.

Ismail berkata kemampuan Prasarana mengendali­kan operasi MMMSL sejak 2015 telah berjaya ‘ membuka mata’ Arab Saudi terhadap keupayaan ‘Anak Malaysia’ mengendali­kan perkhidmat­an kereta api berteknolo­gi tinggi.

Katanya status Malaysia sebagai sebuah negara Islam juga dilihat sebagai satu kelebihan kepada Prasarana untuk mendapatka­n projekproj­ek di negara ini.

Selain itu, katanya keberadaan Prasarana di Arab Saudi yang membawa jenama Malaysia telah memberi impak positif terhadap imej negara di peringkat antarabang­sa, apatah lagi MMMSL mendapat tumpuan dunia, khususnya dalam kalangan negara Islam.

“Justeru, tanggungja­wab berat kita untuk terus membina jenama ini. Di Arab Saudi, kita mendapat kerjasama penuh pelbagai agensi berkaitan, termasuk Kedutaan Malaysia dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia