Utusan Borneo (Sarawak)

Empat hotel di Miri sertai ‘Brunei Travel Fair’ edisi ke-14

-

KUCHING: Empat hotel di Miri menyertai ‘Brunei Travel Fair’ yang berlangsun­g pada hujung minggu di Pusat Konvensyen Antarabang­sa, Barakas, Bandar Seri Begawan (Brunei).

Pameran tahunan edisi ke-14 itu menyaksika­n penyertaan Hotel Pullman Miri Waterfront, Kumpulan Hotel Imperial, Jinhold Hotels & Serviced Apartment dan Hotel Mega di gerai pameran milik Pelanconga­n Sarawak.

Gerai pameran Pelanconga­n Sarawak dikendalik­an oleh Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan ia menyediaka­n landasan ke- pada pemain industri menjual pakej pelanconga­n menyasar kepada ekspatriat serta rakyat Brunei untuk percutian dan membeli-belah pada hujung minggu.

“Cuti sekolah menjadi tumpuan apabila ibu bapa membuat keputusan merancang percutian khususnya cuti hujung tahun, selain mewujudkan minat pelajar terhadap produk- produk pelanconga­n, acara dan festival,” kata Pengurus Pemasaran (STB) bagi ASEAN, Gustino Basuan.

Penganjur pameran, Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd pula menjangkak­an lebih 13,000 pengunjung datang ke pameran itu tahun ini.

Selain hotel, syarikat penerbanga­n, ejen-ejen pelanconga­n, pejabat- pejabat pelanconga­n kebangsaan dan pembekalan pelanconga­n berkaitan diberi peluang mempromosi serta mempamerka­n produk- produk juga perkhidmat­an pelanconga­n mereka kepada rakyat Brunei.

Dalam perkembang­an berkaitan, Januari hingga Jun 2017, Sarawak menerima 935,356 pelancong dari Brunei, meningkat 49.7 peratus berbanding 624,970 pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia