Utusan Borneo (Sarawak)

Eversendai catat untung pracukai RM25.7 juta pada suku kedua 2017

-

KUALA LUMPUR: Eversendai Corp Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM25.7 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2017 berbanding kerugian sebelum cukai RM18.8 juta pada suku yang sama 2016.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Eversendai berkata perolehann­ya meningkat kepada RM465.87 juta daripada RM421.5 juta bagi tempoh yang sama.

Syarikat itu berkata, kerugian pada suku yang sama 2016 adalah disebabkan peruntukan susut nilai bagi pelaburan dalam saham Technics Oil & Gas Ltd, yang disenaraik­an di Singapura, serta kerugian tukaran asing tidak nyata semasa tempoh itu.

Dalam kenyataan berasingan, Eversendai berkata, bagi tempoh berakhir 30 Jun, 2017, perniagaan­nya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyumbang 56.4 peratus (RM485.9 juta) kepada perolehan keseluruha­n syarikat manakala perniagaan Malaysia pula menyumbang 11.4 peratus.

Menurutnya, sektor minyak dan gas menyumbang 15.9 peratus kepada perolehan keseluruha­n pada suku itu, subbenua India pula 3.9 peratus dan bakinya daripada operasi di Singapura dan Thailand.

Setakat ini, syarikat itu memperoleh­i projek bernilai RM1.38 bilion dari awal 2017, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan sebanyak RM2.7 bilion.

“Kira- kira 46.3 peratus nilai perolehan kontrak dalam tangan adalah daripada penguasaan kukuh sekian lama syarikat di Asia Barat, 20.5 peratus dari Malaysia, 21.7 peratus dari India manakala baki 11.5 peratus daripada segmen minyak dan gas,” menurut Eversendai.

Berdasarka­n nilai perolehan kontrak dalam tangan semasa, Eversendai yakin ia dapat mencatatka­n perolehan lebih tinggi dan keberuntun­gan pada masa depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia