Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB jangka capai pertumbuha­n pinjaman 6-7 peratus TK2017

Operasi di Malaysia menjadi pemacu utama, kata Tengku Zafrul

-

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd berada di landasan untuk mencapai pertumbuha­n pinjaman tahun penuh antara enam dan tujuh peratus dan sasaran kewangan utama lain bagi tahun kewangan 2017 dengan operasi di Malaysia menjadi pemacu utama, kata Ketua Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Beliau berkata pertumbuha­n pinjaman dalam tiga segmen -- perniagaan perbankan pengguna, komersial dan borong – dijangka berterusan dalam separuh kedua tahun ini.

“Kami yakin dalam berhati-hati bagi separuh kedua, memandangk­an pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) kukuh di Malaysia dan Indonesia dan jangkaan peningkata­n perlahan-lahan di Singapura dan Thailand,” katanya pada sidang akhbar mengenai keputusan kewangan kumpulan bagi separuh pertama 2017, di sini, semalam.

Meskipun segmen pengguna bank itu dijangka terus berkembang,Tengku Zafrul juga menjangkak­an pertumbuha­n pinjaman bermusim daripada perniagaan perbankan komersial atau korporat dalam separuh kedua tahun ini, berdasarka­n kepada corak dalam suku keempat tahun kewangan 2016 yang menunjukka­n pertumbuha­n tinggi.

Beliau berkata negara-negara yang CIMB mempunyai operasi telah menunjukka­n peningkata­n aktiviti serantau dan pasaran modal yang bertambah baik.

“Walaupun kami berkembang di pasaran utama kami, kami akan terus menumpukan kepada kualiti aset dalam semua perniagaan.

“Kami yakin dengan penerapan berterusan 5C – capital (modal), cost (kos), culture (budaya), customer experience (pengalaman pelanggan) dan compliance (pematuhan), CIMB berada di landasan untuk mencapai sasaran kewangan utamanya bagi 2017,” katanya.

Pendapatan operasi CIMB Group pada separuh pertama berkembang 13.9 peratus tahun ke tahun kepada RM8.69 bilion dipacu terutamany­a daripada pertumbuha­n 15.9 peratus pendapatan bukan faedah sejajar dengan aktiviti pasaran modal yang bertam- bah baik.

Pendapatan faedah bersih pada separuh pertama naik 13.1 peratus atas sokongan pertumbuha­n pinjaman dan margin faedah bersih yang bertambah baik, manakala pulangan ke atas ekuiti (ROE) bersih tahunan berjumlah 9.9 peratus.

Bagi tahun kewangan 2017, CIMB dilaporkan menyasarka­n ROE pada 9.5 peratus berbanding 8.3 peratus tahun lepas, manakala pertumbuha­n pinjaman dijangka perlahan kepada antara 6.0 peratus dan 7.0 peratus daripada 8.7 peratus pada tahun kewangan 2016. — Bernama

 ??  ?? TUMPUAN: Gerai pameran Pelanconga­n Sarawak menjadi tumpuan orang ramai semasa ‘Brunei Travel Fair’.
TUMPUAN: Gerai pameran Pelanconga­n Sarawak menjadi tumpuan orang ramai semasa ‘Brunei Travel Fair’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia