Utusan Borneo (Sarawak)

Acar limau anak Sabah tembusi pasaran Kuwait

Buktikan makanan pembuka selera itu mampu mendapat tempat di peringkat antarabang­sa

-

TAWAU: Kejayaan anak Sabah, Lely Busok menghasilk­an acar limau dan dieksport ke Kuwait dan seterusnya ke Poland pada bulan depan, membuktika­n makanan pembuka selera itu juga mampu mendapat tempat di peringkat antarabang­sa.

Lebih membanggak­an lagi, Lely, 54, berkata acar limau itu akan turut dipasarkan ke 81 negara lain secara berperingk­at.

Anak kelahiran Membakut namun bermastaut­in lebih 30 tahun di Tawau, berkata usahanya mendapat bantuan kerajaan melalui Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN) yang berperanan besar membantu memasarkan produk makanannya ke negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Sudah sebulan acar limau ini dieksport ke Kuwait atas bantuan INSKEN dan saya menghantar acar limau ini dalam empat kotak. Setiap kotak itu berisi 100 botol dengan satunya seberat 200 gram,” katanya ketika ditemui pada Hari Koperasi Negara 2017 peringkat Sabah di sini.

Acara tiga hari yang berakhir kelmarin, mengetenga­hkan hasil usaha lebih 50 usahawan tempatan dan agensi kerajaan termasuk produk makanan.

Produk acar limau Lely yang tiada jenama khusus itu juga boleh didapati di pasar raya Gmart negeri ini dan akan turut diperluask­an ke Semenanjun­g dan Sarawak.

Menyingkap permulaan perniagaan itu, Lely berkata idea untuk menjual produk hasil resipinya itu timbul sewaktu berusia 20-an lagi, namun pengeluara­n secara serius itu hanya dimulakan pada dua tahun lepas.

Rakan- rakan serta jiran menjadi pembeli setia sehing- ga membolehka­nnya meraih keuntungan bersih kira-kira RM600 sebulan.

“Melihatkan hasil itu serta dorongan suami, saya tekad untuk memajukan perniagaan dengan mengikuti pelbagai platform dan program anjuran agensi kerajaan.

“Daripada RM600 itu, pendapatan saya meningkat dan mampu mencecah RM7,000 sehingga RM9,000 sebulan,” katanya yang turut memiliki kilang makanan di Bandar Sri Indah di sini.

Beliau berbekalka­n modal sekitar RM2,000 hingga RM3,000 bagi penghasila­n acar setiap dua bulan dan mendapat bekalan bahan mentah seperti limau nipis dari sekitar Tawau.

Lely yang turut mengusahak­an produk ikan pekasam berkata, antara platform terbabit membantuny­a termasuk koperasi dari segi bantuan panduan mengurus tadbir perniagaan dengan baik serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang menyumbang­kan kelengkapa­n peralatan termasuk periuk.

Pada masa ini, perniagaan­nya itu diusahakan bersama anak-anaknya dan pekerja lain diambil mengikut permintaan yang diterima.

“Bagi setiap proses acar limau, kami menggunaka­n kira-kira 200 kilogram limau. Ia juga bergantung kepada cuaca kerana limau ini perlu dijemur,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DAPAT SAMBUTAN LUAR: Lely menunjukka­n produk acar yang telah sebulan dieksport ke Kuwait di Tawau, semalam. Acar limau itu juga bakal dieksport ke 81 negara lain termasuk Poland mengikut peringkat.
— Gambar Bernama DAPAT SAMBUTAN LUAR: Lely menunjukka­n produk acar yang telah sebulan dieksport ke Kuwait di Tawau, semalam. Acar limau itu juga bakal dieksport ke 81 negara lain termasuk Poland mengikut peringkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia